web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vincent-Amir Amirul Lakar Sejarah Raih Emas Buat Skuasy Kelantan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 5:03PM

Amir Amirul Azhar (kiri) dan Vincent Jones Wee Ming Hock (kanan) - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gandingan Vincent Jones Wee Ming Hock-Amir Amirul Azhar melakar sejarah apabila menyumbang emas pertama buat Kelantan dalam acara skuasy beregu lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 hari ini.

Lebih bermakna, Vincent, 22 dan Amir Amirul, 19, mengejutkan pemain kebangsaan Ong Sai Hung-Hafiz Zharif Abdul Harif yang mewakili Kedah dengan 11-9, 5-11, 11-9 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Walaupun kedua-dua pemain itu lebih fokus dalam acara perseorangan dan jarang beraksi dalam kategori beregi di peringkat tinggi, Amir Amirul berkata persiapan lebih setahun membantu mereka mengatasi pasangan pilihan kedua.

“Kita tidak fikir banyak, hanya menampilkan aksi sebaik mungkin. Edisi lepas di Perak, kami terpaksa pulang tangan kosong, jadi mahu memberikan emas pertama buat Kelantan kali dan berjaya melakukannya.

“Kejayaan ini pastinya meningkatkan keyakinan kami untuk kejohanan akan datang yang lebih mencabar dan tahap lebih tinggi,” kata Amir Amirul kepada pemberita.

Pingat gangsa menjadi milik wakil Negeri Sembilan, Darren Rahul Pragasam-Sanjay Jeeva yang mengatasi rakan sepasukan Ameeshenraj Chandaran- Shamiel Haeyzad Sharulhisam dengan 11-10,11-9.

Terdahulu, gandingan adik-beradik Aifa Azman-Aira Azman menghadiahkan emas kedua acara skuasy buat kontinjen Kedah, selepas Sai Hung muncul juara perseorangan lelaki sebelum ini.

Gandingan adik-beradik Aifa Azman-Aira Azman menghadiahkan emas kedua acara skuasy buat kontinjen Kedah - Gambar oleh Alif Omar
Gandingan adik-beradik Aifa Azman-Aira Azman menghadiahkan emas kedua acara skuasy buat kontinjen Kedah - Gambar oleh Alif Omar

Pilihan kedua kejohanan itu menewaskan Wen Li Lai-Yee Xin Ying dari Sabah 11-10, 11-6 untuk mempertahankan emas dimenangi mereka pada edisi 2016 di Sarawak, manakala pada temasya di Perak, acara beregu tidak dipertandingkan.

Bagi Aifa, 20, yang meraih emas ketiga dalam Sukma selepas memenangi acara berpasukan dan perseorangan di Perak dan berpasukan di Sarawak, berkata impiannya untuk memenangi emas menerusi gandingan dengan adiknya tercapai.

“Kami berdua telah melakukannya dengan baik walau hanya berlatih minggu lepas. Sebelum ini, kami berlawan antara satu sama lain, jadi impian tercapailah. Saya tidak menyesal tarik diri dalam acara perseorangan,” katanya.

Pemain ranking ke-24 yang mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama terpaksa menarik diri kerana kecederaan ibu jari tangan kanan yang dialaminya ketika beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Saya alami kecederaan ibu jari ini sejak Sukan Komanwel. Minggu lepas, saya masih rasa sakit, jadi saya tidak mahu ambil risiko meneruskan aksi dalam acara perseorangan. Sekarang keadaan lebih baik dan saya gunakan pelindung sebagai sokongan.

“Saya akan jalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara (ISN) pada Isnin, harap semua dalam keadaan baik dan saya boleh menyertai Terbuka AS awal Oktober ini,” katanya.

Pilihan pertama, Noor Ainaa Amani Ampadi-Chan Yiwen dari Wilayah Persekutuan, terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengetepikan Wong Heng Wai-K.Sehveetraa dari Kedah 11-3,11-5. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan