web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukma: Anak Mirnawan Rangkul Emas Silat

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 8:22PM

Mirsha Nurathiqa (tengah) membanggakan Mirnawan sekeluarga selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri dalam penampilan pertama di Sukma ke-20. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Demikian perumpamaan yang boleh digambarkan terhadap anak legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi iaitu Mirsha Nurathiqa selepas turut melibatkan diri dalam dunia sukan tanah air.

Biarpun tidak mengikut jejak langkah bapanya, Mirsha Nurathiqa tetap membanggakan Mirnawan serta keluarga mereka selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri dalam penampilan pertama pada temasyka Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di sini, hari ini.

Aksi diperagakan pesilat Selangor berusia 20 tahun itu yang mengawal kemas keris, tongkat dan parang kembar berjaya memikat hati juri untuk menobatkannya sebagai juara dengan mengumpul 9.925 mata, mengetepikan pencabar terdekat, Nur Inatha Khairuniyah Wira dari Kedah yang mengumpul 9.910 mata untuk pingat perak.

Mirsha berkata kehadiran Mirnawan, 51, dan ibunya, Datin Haryati Zahriman, 49,  jelas membakar semangatnya untuk menampilkan persembahan yang meyakinkan di atas gelanggang dalam acara berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.

“Saya memang tak sangka langsung menang hari ini kerana peserta lain juga buat yang terbaik namun kuasa dan rezeki dari Allah SWT (beri kemenangan) saya  bersyukur sangat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya sama ada beliau bersedia menyertai skuad kebangsaan sekiranya diberikan peluang kelak, pelajar tahun ketiga jurusan pembinaan dari Universiti Islam Antarabangsa itu enggan memikirkannya buat masa ini kerana mahu menumpukan kepada pelajarannya selepas ini.

Sementara itu, Mirnawan ternyata gembira dengan kejayaan anaknya kerana pengorbanan yang dilakukan anaknya sejak bergiat aktif dalam silat pada umur 15 tahun akhirnya membuahkan hasil.

Ditanya perasaannya apabila Mirsha tidak menceburi sukan hoki seperti dilakukannya, bekas ketua pasukan skuad negara itu tidak kisah dengan keputusan diambil anaknya kerana apa yang penting ‘puterinya’ tetap aktif dalam dunia sukan.

Dalam pada itu, Maisarah Zainal dari Perlis dan Nur Fauza Hidayah Abd Rahim dari Negeri Sembilan meraih gangsa selepas tewas kepada lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.

Kategori solo kreatif putra pula menyaksikan Shahir Azizi Aminudin dari Melaka mengumpul 9.920 mata untuk menundukkan lawan dari Terengganu, Che Mohamad Fikri Che Ab Rahman yang meraih 9.425 mata bagi pingat perak.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh Muhammad Syamim Asyraf Zaidi dari Selangor dan pesilat Negeri Sembilan, Muhammad Firdaus Yaakop. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad