web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SUKMA: Hasrat Johor Muncul Juara Keseluruhan Terus Menyala

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 7:16AM

Atlet Renang Johor, Tan Rouxin ketika beraksi dalam acara Akhir 200 Meter Gaya Campuran Wanita Individu pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil semalam. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laungan Johor untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 terus bergema apabila kontinjen itu mencapai sasaran 50 pingat emas, semalam.

Menerusi 46 pingat emas yang ditawarkan, 15 daripadanya dirangkul kontinjen Johor sekali gus menjadi pemangkin kepada kutipan jumlah pingat tertinggi selain bukti penguasaan mereka bergelar pendahulu keseluruhan Sukma sukar digugat.

Berbeza dengan kontinjen lain hanya meraih maksimum lima pingat emas hari ini, Johor  terus memberikan amaran bahawa lebih banyak pingat akan dituai berbaki tiga hari lagi sebelum temasya Sukma menutup tirai.

Sukan kanu paling menceriakan kontinjen Johor apabila tujuh pingat emas disumbangkan diikuti sukan menembak dua pingat emas.

Turut menyumbang emas buat Johor adalah masing-masing satu daripada judo, akuatik renang, berbasikal trek dan angkat berat (1).

Tatkala Johor dengan kutipan pingat emas itu, kontinjen lain tidak kurang hebatnya apabila Pahang mendominasi sukan menembak di Lapang Sasar Menembak Nasional, Subang.

Sebanyak enam pingat emas ditawarkan di venue itu, empat daripadanya berjaya disambar oleh skuad lelaki menerusi  acara pistol 25meter (m) individu dan berpasukan, 50m Rifle Prone individu dan berpasukan.

Berdasarkan kedudukan pingat emas hari ini, Johor kekal mendahului dengan 50 pingat emas jauh meninggalkan Terengganu (26) dan Wilayah Persekutuan (22).

Esok, sebanyak 52 pingat emas bakal menjadi rebutan kesemua kontinjen dengan 14 daripadanya mengambil tempat di Plaza South City, Seri Kembangan bagi sukan muay thai.

Sementara tujuh pingat ditawarkan sukan judo di Dewan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam selain menyaksikan sukan pencak silat membuka tirainya esok, menawarkan tujuh pingat emas di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan