web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Perancis Siasat Dakwaan Pogba Diperas Ugut

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 8:34PM

Paul Pogba (tengah) bersama adik-beradiknya, Florentin Pogba (kiri), dan Mathias Pogba (kanan) - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROME - Polis Perancis sudah membuka siasatan terhadap dakwaan pemenang Piala Dunia, Paul Pogba bahawa dia menjadi mangsa pemerasan bernilai jutaan euro dilakukan samseng yang turut membabitkan abangnya, menurut sumber rapat kepada AFP, semalam.

Dakwaan Pogba itu tercetus selepas abangnya, Mathias Pogba menerbitkan video ‘pelik’ dalam talian dengan empat bahasa, iaitu Perancis, Itali, Inggeris dan Sepanyol yang menjanjikan ‘pendedahan hebat’ mengenai bintang Juventus itu.

Menurut kenyataan ditandatangani peguam; ibunya, Yeo Moriba dan ejen, Rafaela Pimenta, video diterbitkan pada malam Sabtu ‘malangnya tidak mengejutkan (mereka)’.

“Ia adalah tambahan kepada ancaman dan cubaan peras ugut oleh geng terancang terhadap Paul.

"Badan kompeten di Itali dan Perancis sudah dimaklumkan sebulan lalu dan tidak akan ada ulasan lanjut berhubung siasatan sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Mathias, 32, menjanjikan ‘pendedahan hebat’ mengenai Paul dan ejennya, Rafaela yang mengambil alih peranan sebagai ketua syarikat bagi menggantikan bekas ejen Mino Raiola yang meninggal dunia pada April.

Dia berkata ‘seluruh dunia, peminat, pasukan Perancis dan Juventus, rakan sepasukan serta penaja adiknya berhak mengetahui perkara tertentu’.

Mathias yang juga seorang pemain bola sepak profesional berkata, orang ramai perlu mengetahui apa yang diketahuinya untuk menilai sama ada adiknya layak mendapat tempat dalam pasukan Perancis dan penghormatan bermain di Piala Dunia, selain jika dia layak menjadi pemain permulaan di Juventus.

"Semua ini berkemungkinan ‘tular’,” katanya tanpa menambah apa-apa maklumat berhubung pendedahannya.

Menurut dua sumber rapat dengan keluarga Pogba ketika dihubungi AFP, Paul perlu membayar sejumlah besar wang jika dia tidak mahu video itu disebarkan.

France Info melaporkan, Paul memberitahu penyiasat dia diancam rakan zaman kanak-kanaknya dan dua lelaki memakai penutup kepala dengan bersenjatakan senapang.

Mereka menuntut 13 juta euro daripadanya untuk ‘perkhidmatan disediakan’

Sumber rapat dengan perkara itu mengesahkan laporan France Info kepada AFP.

Nama Kylian Mbappe turut muncul dalam perkara itu.

Pogba menjelaskan kepada penyiasat bahawa individu yang memeras ugutnya mahu memburukannya dengan mendakwa beliau meminta seorang ‘marabout’ untuk menyihir bintang Paris Saint-Germain dan Perancis itu yang dinafikan Pogba.

Lewat Ahad, Mathias memberi reaksi terhadap perkembangan itu.

“Paul, awak benar-benar mahu menutup mulut saya dan berbohong serta menghantar saya ke penjara.

“Kamu tinggalkan saya di dalam lubang, sambil melarikan diri dan kamu mahu bermain sebagai orang yang tidak bersalah. Apabila semua diperkatakan, orang akan melihat bahawa tidak ada pengecut, pengkhianat dan munafik yang lebih besar daripada kamu di muka bumi ini,” tulis Mathias.

Pogba yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis pada 2018, kembali ke Juventus secara percuma pada musim panas ini selepas enam tahun di Manchester United, dan kini direhatkan kerana kecederaan lutut.

Pemain berusia 29 tahun itu dijangka kembali beraksi bulan depan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Adik Terbakar Depan Mata Detik Hitam Buat Saya’ - Abang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad