web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Muncul Juara Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 3:49PM

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (kiri) muncul juara Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.

Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan hebat untuk menoktahkan kemenangan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit ke atas bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Kejayaan ke atas pasangan yang diberi julukan ‘The Daddies’ itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar sejarah menjadi pemain badminton Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia, yang dilakukan pada penampilan keempat mereka di kejohanan berkenaan.

Dengan kejayaan melangkah ke final semalam, pasangan ranking keenam dunia itu turut muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas kali terakhir dilakukan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2010 di Paris.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam kempen kejohanan dunia adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China. 

“Tidak tahu macam mana hendak gambarkan apa yang kami rasa. Sudah tentu kami sangat gembira dapat membanggakan diri kami, untuk membanggakan negara kami, sebagai juara dunia pertama Malaysia,” menurut Aaron kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas aksi final hari ini.

Menurut Aaron: “Tahun lepas kami menang pingat gangsa Sukan Olimpik di Tokyo, tahun ini kami menang pingat emas juga di Tokyo. Saya rasa Tokyo membawa tuah kepada kami”.

Aaron berkata perbezaan besar dalam pertembungan hari ini ketika menentang Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan kerana mereka memberi tumpuan sepenuhnya dalam gelanggang dan tidak memikirkan mengenai mata sama ada mendahului atau ketinggalan.

“Kami tahu mereka bagus dalam mendapatkan tiga mata pertama, jadi kami cuba tukar corak permainan, cuba lebih sabar dan gunakan kekuatan kami,” katanya.

Sementara itu, Wooi Yik berkata: “Kami sudah bergandingan selama empat tahun dan sering kali tewas di final dan separuh akhir dan akhirnya kali ini kami berjaya meraih kejuaraan. Saya banyak bermain di bahagian belakang. Saya pemain hadapan tapi saya mahu menguasai seluruh gelanggang. Ini strategi yang kami sedang usahakan”.

Bagi Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut mereka kepada pasangan negara selepas tewas pada aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 dan suku akhir Terbuka Malaysia, Jun lepas.

Kekalahan kepada Aaron-Wooi Yik kali ini juga menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam 19 perlawanan di pentas kejohanan dunia.

Pencapaian Aaron-Wooi Yik hari ini menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia.

Sejak kejohanan dunia mula dipertandingkan pada 1977, sembilan wakil negara berjaya menjejakkan kaki ke pentas final masing-masing dalam acara perseorangan lelaki sebanyak lima kali dan empat kali dalam saingan beregu lelaki.

Bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei membuat penampilan di pentas final terbanyak iaitu sebanyak empat kali pada edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 diikuti Wong Choong Hann (2003) selain beregu Jalani-Razif Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Kien Keat-Boon Heong pada 2010. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad