web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jepun Lebar Penguasaan Di Kejohanan BMX Antarabangsa Malaysia 2022

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 6:46PM

Shimada (tengah) dalam kelas tersendiri apabila sekali lagi mengungguli kategori Bawah 23 Tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Kehebatan Jepun dalam lumba basikal BMX ternyata sukar digugat apabila empat pelumbanya hari ini meraih pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal BMX Antarabangsa Malaysia 2022 di Arena BMX Nasional di sini.

Segar dengan kejayaan merangkul emas di Kejohanan Lumba Basikal BMX Asia (ACC BMX) 2022 yang berakhir semalam, pelumba sensasi Ryo Shimada ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila sekali lagi mengungguli kategori Bawah 23 Tahun (B-23).

Atlet berusia 22 tahun itu mengetepikan cabaran Fasya Ahsana Rifki dari Indonesia yang membawa pulang perak, manakala wakil negara Saniy Syahmi Mohd Safiee terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

“Sudah tentu saya amat gembira dengan kejayaan hari ini. Tekanan itu tetap ada, tambahan pula saya baru memenangi pingat emas ACC BMX 2022 semalam, jadi pastinya beberapa pelumba lain mahu menewaskan saya pada perlumbaan hari ini.

“Dua kejohanan yang berlangsung di Malaysia ini amat penting untuk saya beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024.

“Mata yang dikutip dalam kedua-dua kejohanan ini memberikan saya lebih peluang beraksi di Olimpik nanti,” kata Shimada dalam bahasa Jepun yang diterjemahkan ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain kejayaan Shimada, Jepun turut unggul membawa pulang pingat emas dalam kategori junior lelaki menerusi Hyoga Kiuchi, Jui Yabuta (B-23 wanita) dan Kanami Tanno (elit wanita).

Dalam pada itu, pelumba Thailand Komet Sukprasert sekali lagi menampilkan kayuhan bertenaga apabila menyambar pingat emas kategori elit lelaki, manakala dua pelumba Indonesia Gusti Bagus Saputra dan Yussi Wakhidur Rizal masing-masing merangkul perak dan gangsa.

Sementara itu, pelumba Malaysia tidak pulang tangan kosong apabila Eddyna Nasuhar Zainal Abidin memenangi pingat gangsa B-23 wanita, sekali gus mengulangi pencapaiannya menduduki tangga ketiga pada ACC BMX di venue sama, semalam.

Pingat emas acara itu dimenangi pelumba Jepun Jui Yabuta manakala pelumba Korea Selatan Kim Taeyoung meraih perak.

“Ya saya tetap gembira walaupun hanya meraih pingat gangsa. Jika dibandingkan dengan prestasi semalam (Sabtu), saya dapat rasakan prestasi hari ini jauh lebih baik kerana saya bersaing sengit dengan pelumba Korea Selatan.

“Saya mahu fokus kepada Sukan Malaysia (Sukma) bulan hadapan bagi mewakili Terengganu dan memperbaiki rekod di mana pada edisi 2018 di Perak saya berjaya meraih tempat kedua, harap selepas ini saya boleh merangkul pingat emas,” kata Eddyna Nasuhar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyaris Dipanah Petir

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Ditahan Dipercayai Cabul Kehormatan Penyanyi Wanita

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad