web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insentif Menanti Atlet Raih Emas Sukan Komanwel Dan APG

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 9:58AM

Pearly Tan dan M Thinaah antara atlet yang memenangi pingat emas dalam acara badminton beregu wanita pada Sukan Komanwel Birmingham 2022. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pemenang pingat emas pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di Solo, Indonesia, baru-baru ini akan menerima insentif daripada kerajaan atas kejayaan mereka mengharumkan nama negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Tentunya kita (memberikan insentif kepada pemenang pingat emas). Kita ada insentif yang akan kita berikan melalui program ganjaran imbuhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM),” katanya pada pemberita selepas program pelancaran sebuah produk kecantikan di sini, malam tadi.

Ahmad Faizal berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita sama ada kerajaan akan memberikan sebarang insentif kepada atlet negara yang meraih emas pada temasya Sukan Komanwel 2022 baru-baru ini.

Menurut beliau, kementerian akan memastikan usaha gigih para atlet negara di pentas antarabangsa dihargai selain merancang untuk meraikan kejayaan atlet di kedua-dua sukan itu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelak.

Kontinjen negara menamatkan cabaran di Sukan Komanwel 2022 yang bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos lepas dengan pencapaian membanggakan apabila meraih keseluruhan tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Kejayaan itu menyamai pencapaian ketika edisi 2018 di Gold Coast, Australia apabila kem Malaysia membawa pulang tujuh pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.

Bagi temasya APG, Kontinjen Malaysia yang diwakili kira-kira 70 atlet menamatkan cabaran di kedudukan keempat selepas merangkul 36 pingat emas, 20 perak dan 14 gangsa pada temasya yang berlangsung bermula 30 Julai dan berakhir pada 5 Ogos lepas. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad