web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benzema Tersenarai Dalam Pencalonan Ballon D'Or, Messi Terlepas Peluang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 9:22PM

Karim Benzema - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Pemain bola sepak sensasi Karim Benzema tersenarai antara 30 calon untuk anugerah Ballon d'Or 2022, yang diumumkan France Football pada Jumaat, manakala pemenang tujuh kali Lionel Messi dari kelab PSG diketepikan daripada senarai itu buat kali pertama sejak 2006, lapor Xinhua.

Benzema, yang membantu Real Madrid untuk melakar kejuaraan berganda dalam La Liga dan Liga Juara-Juara, dikatakan menjadi pilihan untuk meraih anugerah berprestij itu.

Messi, yang memenangi gelaran itu tahun lalu, sebelum ini telah dicalonkan sebanyak 15 kali berturut-turut sejak 2006 (kecuali pada 2020 apabila anugerah itu dibatalkan kerana pandemik COVID-19).

Pemain berusia 35 tahun itu tidak mencapai kriteria yang ditetapkan pada musim pertamanya di PSG, berikutan perpindahan mengejutkan dari Barcelona ke Perancis pada musim panas lalu.

Turut tersenarai untuk merebut anugerah itu ialah penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, pemain Poland Robert Lewandowski, penyerang PSG, Kylian Mbappe, dan bintang Mesir Mohamed Salah.  Bagaimanapun, rakan sepasukan Mbappe, Neymar tidak tersenarai.

Pada Mac lalu, pihak penganjur mengumumkan beberapa perubahan termasuk penilaian dilakukan berdasarkan persembahan sepanjang musim perlawanan.

Perubahan lain termasuk pengurangan bilangan pengundi kerana hanya wakil dari 100 negara dan wilayah teratas dalam ranking FIFA layak mengundi.

Anugerah itu dijadual berlangsung pada 17 Okt di Teater Chatelet, Paris. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad