web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan Komanwel: Bonnie Tepati Ramalan, Raih Emas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 7:22AM

Bonnie Bunyau Gustin mempamerkan kecemerlangan dengan memperoleh emas manakala Mark Swan (perak) dan Nnamdi Innocent dari Nigeria mendapat gangsa. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menepati ramalan apabila meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di sini, pada Khamis.

Kejayaan jaguh dunia itu dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg), sekali gus menyaksikan Bonnie menyumbangkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo tahun lepas itu, melakukan angkatan 220 kilogram (kg) yang juga rekod temasya, menyaksikan atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia, memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, England Mark Swan dengan angkatan 202kg manakala gangsa milik Nnamdi Innocent dari Nigeria dengan angkatan 190kg.

Pencapaian Bonnie itu juga mengubat kekecewaannya pada penampilan sulung di Gold Coast, Australia pada 2018, apabila dia terlepas pingat setelah menduduki tangga keempat.

Bonnie Bunyau Gustin - Gambar AFP
Bonnie Bunyau Gustin - Gambar AFP

Bonnie mencipta sejarah apabila muncul juara dunia dua kali iaitu pada 2019 di Nur Sultan, Kazakhstan dan 2021 (Georgia).

Ketika ditemui pemberita, Bonnie mengakui sebelum memulakan saingan di sini, beliau agak bimbang tidak dapat menepati sasaran yang diletakkan ke atasnya bagi menyumbangkan pingat emas kepada negara.

"Sebelum datang sini perasaan saya 50-50. Jadi, sebelum pertandingan hari ini, saya telefon ibu bapa dan mereka berpesan supaya saya kosongkan fikiran dan buat yang terbaik. Saya bersyukur dapat menghadiahkan pingat emas kepada negara," katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak meneruskan angkatan bagi mengatasi rekod dunia 230kg miliknya, Bonnie berkata beliau tidak mahu mengambil risiko kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu.

Bonnie yang berasal dari Sarawak adalah pemegang rekod dunia dalam kategori sama dengan angkatan 230kg.

Bonnie turut melahirkan rasa gembira atas kejayaan meraih emas di temasya Sukan Komanwel, yang sekali gus menambah koleksi gelarannya di peringkat dunia, selepas mengungguli kejuaraan di Sukan Paralimpik dan Kejohanan Dunia.

Jaguh dunia itu, bagaimanapun berkata setakat ini beliau belum 'merasai' gelaran pada Sukan Para ASEAN.

Pada Sukan Paralimpik Tokyo, tahun lepas, Bonnie mencipta sejarah menjadi atlet pertama negara memenangi emas selepas mengungguli kategori 72kg dengan angkatan 228kg, sekali gus memperbaharui rekod temasya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan