web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah Tiba Masa Nauraj Kembali Berlatih Di Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 11:01AM

Aksi atlet lompat tinggi lelaki negara, Nauraj Singh Randhawa gagal melepasi ketinggian 2.10 meter dalam tiga percubaan sekaligus menjadi peserta pertama tersingkir dalam pusingan akhir itu di Stadium Alexander pada Rabu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Susulan prestasi kurang memberangsangkan jaguh lompat tinggi kebangsaan sejak kebelakangan ini, Nauraj Singh Randhawa yang menjalani latihan di Jerman, perlu pulang ke Malaysia sekiranya mahu kembali berada pada tahap sebenarnya.

Pengurus pasukan olahraga kebangsaan di Sukan Komanel Birmingham 2022, M. Iyaru secara peribadi berpendapat Nauraj telah membuktikan beliau lebih menyinar sekiranya menjalani program di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) berbanding latihan sendiri di Jerman ketika ini.

Katanya, prestasi Nauraj ketika menjalani latihan di MSN sangat mengagumkan termasuk memecah rekod kebangsaan iaitu 2.30 meter (m) yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura pada 2017.

Iyaru juga difahamkan Nauraj tidak menghantar laporan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai prestasi terkininya di Jerman.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku padanya di Jerman, sepatutnya tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas acara final lompat tinggi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, di sini, malam tadi.

Nauraj menampilkan aksi mengecewakan apabila menjadi atlet pertama tersingkir daripada 13 peserta yang bersaing dalam acara final, sekali gus menduduki tangga tercorot dengan catatan terbaik dan juga pertamanya iaitu 2.05 meter (m).

Beliau tersingkir selepas gagal dalam kesemua tiga percubaan bagi melepasi lompatan kedua iaitu 2.10m.

Nauraj ketika ditemui pemberita selepas aksi final mendedahkan mengalami kecederaan tumit sehingga menjejaskan prestasinya dalam penampilan ketiganya di temasya sukan berprestij itu selepas Glasgow 2014 dan Gold Coast 2018.

Lebih mengejutkan, Iyaru memaklumkan Nauraj yang dilihat bersemangat untuk memadam rekod kebangsaannya di sini, tidak memaklumkan status kecederaan dialami sebelum turun bertanding.

Justeru, Iyaru yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap prestasi Nauraj mahu atlet itu bersikap jujur selepas ini.

“Jika gagal seperti ini memang mengecewakan, anda mesti memahami (harapan) seluruh negara, kita perlu jawab nanti (prestasi Nauraj di Birmingham),” tambahnya.

Sementara itu, Iyaru menyarankan agar KOM duduk berbincang bersama atlet berusia 30 tahun itu untuk menyelami masalah dihadapi serta masa depannya dalam sukan ini sehingga menyaksikannya gagal membuktikan tahap keupayaannya termasuk sekadar meraih perak pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, sekali gus mengakhiri dominasi Malaysia pada temasya dwitahunan itu sejak edisi Manila 2005. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad