web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ziyad Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Solo

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 12:59PM

Atlet lontar peluru para kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli beraksi dalam acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) pada temasya Sukan Para ASEAN ke-11 di Stadium Manahan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SOLO (Indonesia) - Jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan apabila beliau menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 hari ini. 

Atlet berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan di sini. 

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 dan juara dunia 2013 dan 2017 itu, mengesahkan emas menerusi lontaran sejauh 16.92 meter (m) pada percubaan pertama. 

Beliau terus konsisten dengan melakukan 16.80m, 16.88m, 16.63m, 16.78m dan 16.74m pada percubaan seterusnya, sekali gus membuktikan dominasinya dalam acara berkenaan. 

Ini merupakan emas keempat Muhammad Ziyad di APG sejak edisi 2013 di Myanmar dan pada edisi sebelum ini di Kuala Lumpur pada 2017 beliau meraih emas dengan lontaran sejauh 16.81m. 

Malaysia juga menguasai kedudukan pertama dan kedua acara itu apabila Mohamad Aliff Mohamad Awi melengkapkan hatrik pingat perak dengan catatan 13.46m. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad