web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Al-Jufferi Secara Rasmi Bersara Dari Pentas Silat

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 11:02AM

Mohd Al-Jufferi Jamari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Juara dunia empat kali Mohd Al-Jufferi Jamari akhirnya secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional yang menjadi sebahagian kehidupannya sejak 15 tahun lepas.

Jaguh silat negara kelahiran Pahang itu berkata kemenangan yang dilakar pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi melengkapkan kemanisannya yang selama ini berjuang di pentas silat demi mengharumkan nama negara dan warisan bangsa Melayu itu.

"Malam ini, secara rasmi saya bersara dan bagi saya, dapat ataupun tidak dapat emas saya tetap dengan keputusan saya iaitu menamatkan karier saya selaku atlet silat negara selepas hampir 15 tahun berkecimpung dalam dunia ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir malam tadi.

Mohd Al-Jufferi, 30, menambah koleksi gelaran juara dunianya yang keempat apabila merangkul pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Arena 1 Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam tadi.

Beraksi dalam Kelas F Putera, pemenang empat pingat emas Sukan SEA itu menewaskan pesilat dari Indonesia Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 35-21.

Mohd Al-Jufferi berkata faktor kesihatan merupakan antara sebab beliau berundur dari arena persilatan terutama kecederaan pada bahu kanan yang dihadapinya selama ini memerlukan tumpuan untuk dipulihkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata keputusan untuk bersara itu sudah banyak kali disuarakan termasuklah ketika Sukan SEA di Hanoi pada Mei lepas namun terpaksa ditangguhkan selepas dipujuk oleh pelbagai pihak terutama tarikh aksi kejuaraan dunia sudah hampir.

"Jadi kejuaraan ini sudahpun berlangsung dan paling utama, saya dapat raih gelaran dunia keempat. Jadi di sinilah noktah saya," katanya.

Ditanya mengenai hala tuju selepas ini, anak didik Mazlan Shaari itu menjelaskan beliau akan memberi tumpuan terhadap Akademi Semboyan Warrior yang diusahakan di Saujana Putra, Selangor bagi melatih lebih ramai pelapis dalam sukan itu pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata beliau secara peribadi merelakan persaraan tersebut.

"Saya relakan kerana saya ingin merehatkan beliau dan kita sendiri tahu satu episod menyayat hati berlaku di Hanoi apabila dia tidak dapat meneruskan pertandingan. Saya katakan padanya yang saya akan sediakan pentas bertaraf lima bintang dan tugas dia hanyalah dapatkan pingat. Jadi hari ini, janji tu sudah kami berdua kotakan," katanya.

Beliau berkata Pesaka mungkin ada perancangan lain yang akan disusun untuk jagoan itu namun bukan sebagai seorang atlet. - Bernama
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan