web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menang Gangsa Ibarat Menang Pingat Emas, Hadiah Hari Jadi Ayah - Shah Firdaus

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 7:12AM

Muhammad Shah Firdaus Sahrom - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Ibarat menang pingat emas.

Demikian reaksi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom selepas meraih gangsa pada acara akhir keirin lelaki pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, hari ini.

Selepas banyak kali kecundang pada peringkat akhir dalam kejohanan mahupun temasya sukan sebelum ini, Muhammad Firdaus Shah mengakui amat teruja dengan pingat pertama diraihnya pada temasya sukan berprestij itu.

Bukan itu sahaja, pelumba berusia 26 tahun itu juga mendedikasikan kejayaannya untuk bapanya, Sahrom Osman yang menyambut hari jadi pada 10 Ogos ini.

"Saya datang balik ke temasya ini untuk bangkit semula selepas tersingkir awal pada peringkat saringan di edisi lepas di Gold Coast, Australia, pada 2018.

"Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa tak dapat menang emas sebab dah lama kita ketandusan emas dalam acara ini," katanya kepada Bernama di Lee Valley VeloPark, di sini.

Pelumba dari Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul menampilkan kayuhan bertenaga untuk meraih emas manakala Jack Carlin dari Scotland pula merangkul perak dalam acara tersebut.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara keirin lelaki adalah pada edisi 2010 di New Delhi menerusi Josiah Ng.

Beliau pada masa sama memaklumkan pesanan yang diberikan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang benar-benar meningkatkan motivasinya untuk melakar pencapaian membanggakan dalam kariernya.

"Sedih sikit Azizulhasni tiada di sisi sebab hubungan kami macam adik dan abang, kalau bersaing dalam acara keirin pun kami pastikan jarak tak terlalu jauh di antara satu sama lain.

"Azizulhasni beritahu kayuhan saya mantap dan saya juga pelumba kedua terpantas dalam acara itu juga, dia bagi tahu hanya ikut naluri dan kayuh dengan sepenuh hati," tambahnya.

Mohd Azizulhasni terlepas aksi di temasya sukan empat tahun itu selepas masih lagi menjalani proses pemulihan susulan pembedahan jantung, April lepas.

Mengulas mengenai prestasi hari ini, Shah Firdaus, yang mengungguli pusingan pertama dan kedua, menjelaskan tidak dapat mengulangi pencapaian tersebut selepas sukar melepaskan diri daripada kepungan kelompok pelumba di hadapan yang menyebabkannya tidak berupaya membawa pulang emas.

Sementara itu, beliau yang akan kembali beraksi dalam acara pecut hari ini, berkata peluang agak sukar baginya namun berazam untuk sekurang-kurangnya mara ke akhir. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad