web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Mara Ke Suku Akhir Badminton Berpasukan Campuran

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 9:20AM

Chan Peng Soon-Cheah Yee See - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Malaysia melangkah ke suku akhir acara badminton berpasukan campuran selepas menewaskan Jamaica 5-0 dalam saingan Kumpulan D temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

Dalam perlawanan berlangsung di National Exhibition Centre hari ini, beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See menyumbang mata pertama selepas menewaskan Joel Angus-Katherine Wynter 21-5, 21-12 diikuti perseorangan negara Ng Tze Yong mengalahkan Samuel Ricketts 21-12, 21-16.

Pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei meneruskan rentak cemerlang negara apabila mengecewakan Thalia Richardson 21-2, 21-5 untuk mata ketiga.

Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula melebarkan jurang mata apabila menewaskan gandingan Angus-Ricketts 21-7, 21-11 manakala beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah menewaskan Richardson-Wynter 21-8, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan skuad badminton negara.

Malaysia yang mengecewakan Zambia 5-0, akan berdepan Afrika Selatan bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan, esok. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad