Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Baiki, Ubah Suai Atau Robohkan? Stadium Shah Alam Baharu Satu Usaha Pentingkan Kos

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 8:59AM

Sebarang skop cadangan pembangunan semula atau reka bentuk serta nilai belanjawan masih belum ditetapkan oleh MBI dan hanya akan ditentukan selepas proses penglibatan dan kajian yang terperinci. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika ini, heboh diperkatakan mengenai rancangan masa depan Stadium Shah Alam berikutan pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari minggu lalu bahawa stadium itu akan diberikan 'nafas baharu'.

Jumaat lalu, syarikat pelaburan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI) menyerahkan surat hasrat (LoI) tidak mengikat kepada firma pembinaan dan kejuruteraan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bagi tujuan menjalankan serta melakukan kajian terperinci berhubung cara menyelamatkan stadium berusia 28 tahun berkenaan, atau adakah sebenarnya ia berbaloi untuk diselamatkan dalam keadaan semasa.

Amirudin Shari (tengah) hadir di majlis Penyerahan Surat Niat Pembangunan Stadium Shah Alam pada 15 Julai lalu. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Amirudin Shari (tengah) hadir di majlis Penyerahan Surat Niat Pembangunan Stadium Shah Alam pada 15 Julai lalu. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Pastinya, persoalan penting meniti di bibir semua adalah berhubung kos yang akan terlibat bagi usaha berkenaan.

Amirudin memberitahu media, kos membaiki dan mengubah suai stadium terbuka (outdoor stadium) semasa, yang menempatkan pasukan bola sepak Selangor FC, serta Stadium Malawati tertutup bersebelahan adalah dalam lingkungan RM787 juta.

Bagaimanapun, ini juga telah dilihat sebagai bermaksud, kerja menaik taraf Stadium Shah Alam itu akan menelan kos sebanyak RM787 juta daripada wang pembayar cukai.

"Ini tidak benar," kata sumber yang mengetahui tentang perkara itu.

“Skop sebarang cadangan pembangunan semula atau reka bentuk dan nilai belanjawan masih belum ditetapkan oleh MBI dan hanya akan ditentukan selepas proses penglibatan yang terperinci,” katanya.

Menurut sumber, buat masa ini, MRCB hanya menerima LoI kerana tiada kontrak diberikan. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan
Menurut sumber, buat masa ini, MRCB hanya menerima LoI kerana tiada kontrak diberikan. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Beliau menjelaskan, proses tersebut akan mengambil masa enam bulan dan tertakluk kepada perincian, yang perlu disemak dan diluluskan oleh jawatankuasa semakan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Buat masa ini, MRCB hanya menerima LoI kerana tiada kontrak diberikan. Mereka perlu mencadangkan sama ada Stadium Shah Alam perlu diubah suai atau dibangunkan semula," katanya lagi.

Sumber tersebut menambah, status 'front-runner' MRCB adalah tepat kerana sebab-sebab yang dinyatakan oleh Amirudin, serta rekod prestasi syarikat terbabit yang kukuh dalam membina struktur kompleks seperti stadium.

MRCB bukan nama baharu

MRCB bukanlah nama baru dalam kerja pembangunan semula stadium, kerana syarikat itu telah berpengalaman daripada projek Bandar Sukan Kuala Lumpur, yang disiapkan dalam masa boleh dikatakan singkat.

MRCB memiliki 18 bulan untuk menyelesaikan kerja-kerja baik pulih lima premis sukan, yang dahulunya merupakan Kompleks Sukan Bukit Jalil, tepat pada masanya untuk Sukan SEA 2017 yang dianjurkan negara.

"Kebanyakan pakar stadium sukan menganggarkan ia akan mengambil masa 36 bulan untuk menyiapkan Bandar Sukan Kuala Lumpur, tetapi MRCB melakukannya dalam tempoh 18 bulan iaitu separuh daripada anggaran terbabit,” kata sumber itu.

Konsep 'stadium dalam taman' oleh MRCB telah memenangi lebih 10 anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. Anugerah itu disampaikan antaranya oleh wartawan sukan, penonton dan industri pembinaan.

Antaranya adalah Stadium Terbaik di Anugerah Kongres Stadium Dunia 2018 (Belanda), Anugerah Lampu Luar 2018 (Bangkok); dan Anugerah Seni Bina Antarabangsa 2018 (Amerika Syarikat).

“Projek itu mematuhi sepenuhnya dan mencapai semua pensijilan daripada persekutuan sukan antarabangsa yang berkaitan, sebelum bermulanya Sukan SEA 2017 dan penyerahan venue.

“Pembangunan semula stadium ini termasuk menyuntik elemen kemampanan untuk membolehkan pemilik kemudahan menjana pendapatan tambahan untuk membantu mereka membiayai penyelenggaraan jangka panjang bagi tempat-tempat ini contohnya, pembinaan kotak korporat, kawasan yang ditetapkan untuk trak makanan, penataan sistem bunyi dan lampu berkelas dunia untuk mewujudkan tempat pelbagai guna yang membolehkan penganjuran acara besar bukan sukan,” kata sumber tersebut.

Projek itu kemudiannya melalui proses pengekosan dan usaha wajar (due diligence) yang ketat oleh Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Audit Negara.

Selain itu, projek itu turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang menyemak kos, proses pemberian kontrak, ciri-ciri keselamatan, pengurusan kerosakan dan penggunaan asetnya.

Seterusnya, Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee dipetik Bernama pada 14 Mac 2019 sebagai berkata, pelaksanaan projek terbabit adalah berkualiti tinggi kerana berjaya mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.

Namun begitu, masalah ketidakselenggaraan (non-maintenance) juga telah melanda Bandar Sukan Kuala Lumpur yang bernilai RM1.1 bilion berkenaan, lima tahun selepas Sukan SEA.

Dengan trek dan gelanggang badminton mengelupas serta padang berair di stadium negara, kompleks terbabit akan menanggung kos pembaikan yang lebih tinggi.

Perlu diingatkan di sini bahawa trek, gelanggang dan padang tidak berada dalam skop kerja MRCB.

Mungkin lebih praktikal untuk projek Shah Alam tersebut yang dianugerahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas MRCB bagi semua aspek stadium, untuk penyelarasan dan akauntabiliti yang lebih baik.

Ini melainkan MRCB memutuskan bahawa kerja-kerja bagi Stadium Shah Alam adalah tidak berbaloi seperti kata Inggeris, 'more trouble than it is worth!'  – The Vibes, 23 Julai 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran