web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mendiang Kok Chi Lambang Pelbagai Aspek Positif Sukan - KP MSN

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 2:16PM

Ahmad Shapawi Ismail - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mendiang Datuk Sieh Kok Chi adalah lambang kepada pelbagai aspek positif dalam sukan, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau berkata ia dibuktikan daripada semangat kesukarelawan jitu ditonjolkannya selain kegigihan membantu Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) memperkukuh sistem tadbir urus efektif dan inisiatif yang mencetuskan pelbagai bentuk pengiktirafan kepada warga sukan negara.

“Berita pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mendiang Datuk Sieh Kok Chi adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana jasa dan sumbangan mendiang amat besar kepada arena sukan negara.

“Mendiang yang meninggalkan kita pada usia 83 tahun telah mencurahkan bakti kepada sukan negara sebagai atlet, pentadbir dan pemimpin sukan untuk tempoh hampir enam dekad,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mendiang sentiasa memberikan pandangan dan nasihat kepadanya walaupun keadaan tidak begitu sihat ketika kali terakhir bertemu dalam satu majlis meraikan mendiang bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia, pada Mei lepas.

“Mendiang telah meninggalkan ruang besar dalam arena sukan negara yang akan sukar diisi oleh generasi pentadbir sukan ketika ini. Ia satu kehilangan besar dan saya mewakili seluruh warga MSN menghulur ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang,” katanya.

Kok Chi meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 83 tahun.

Penerima Anugerah Tokoh Sukan 2019/2020 itu menawarkan perkhidmatan secara sukarela kepada MOM sejak 1974, dan mendiang pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan pasukan petugas badan induk itu sebelum dipilih sebagai Setiausaha Kehormat pada 1992.

Mendiang juga menumpukan kerjayanya kepada MOM tanpa apa-apa imbuhan sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat dari 1992 hingga 2013 dan Setiausaha Agung (2013-2015) serta Penolong Setiausaha Agung (2015-2018) badan induk sukan itu.

Menurut pengumuman yang dikongsikan adik-beradik mendiang semalam, upacara memberi penghormatan terakhir akan diadakan selama dua hari mulai esok di Nirvana Centre Kuala Lumpur.

Pengumuman itu menyebut upacara pengebumian akan berlangsung pada 10 pagi Jumaat ini dan jasad mendiang akan diarak ke Nirvana Crematorium Shah Alam untuk upacara pembakaran mayat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

2

Sukan 2 tahun yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pesuruhjaya Sukan Ancam Batal Pendaftaran, MOM Kemuka Bantahan Rasmi Kepada Hannah

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad