web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Birmingham 2022: Malaysia Sasar 6 Emas, Terjun Prospek Baharu

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 5:24PM

Ahmad Faizal berucap di Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Latif Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam pingat emas ditetapkan sebagai sasaran baharu kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengumumkan sasaran itu berkata enam emas disandarkan masing-masing kepada sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting.

“Pihak saya yakin semua atlet telah siap sedia menghadapi temasya Sukan Komanwel kali ini dan akan berusaha habis-habisan untuk mempamerkan prestasi terbaik di Birmingham.

“Kita ucapkan selamat berjuang buat wira dan wirawati negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata sasaran baharu itu dibuat hasil kajian dan perbincangan antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Ia susulan penarikan diri pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan kemalangan jalan raya yang menimpa pemain skuasy wanita S Sivasangari.

Sebelum ini MOM mengumumkan sasaran tujuh pingat emas ditetapkan kepada kontinjen negara ke Birmingham bagi menyamai pencapaian pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Ahmad Faizal berkata terjun dimasukkan dalam senarai penyumbang emas berdasarkan pencapaian skuad terjun kebangsaan yang membawa pulang dua gangsa pada Kejohanan Dunia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Negara Datuk Shahrul Zaman Yahya percaya sasaran itu mampu dicapai selain tidak menolak kemungkinan kontinjen negara berupaya mencipta kejutan meraih lebih daripada jumlah ditetapkan. 

“Kita perlu realistik, jadi kita sasar enam tapi kita akan terus berusaha dapatkan lebih lagi, itu akan jadi bonus,” katanya sambil memaklumkan terjun, badminton dan angkat berat mampu menghadiahkan lebih daripada satu emas di Birmingham.

Kontinjen negara ke Sukan Komanwel Birmingham merangkumi 105 atlet yang menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohamad Aniq Sumbang Pingat Emas Pertama Malaysia Di Birmingham

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad