web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasrat Malayan Tigress Mara Ke Separuh Akhir Lebur

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 7:07AM

Malayan Tigress tewas 0-4 di tangan Thailand pada aksi keempat kumpulan A di Binan, Filipina malam semalam - Gambar Twitter @FAM_Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Impian melihat skuad bola sepak wanita negara menghidupkan peluang ke saingan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 terkubur apabila Malayan Tigress tewas 0-4 di tangan Thailand pada aksi keempat kumpulan A di Binan, Filipina malam semalam

Pada perlawanan di Stadium Bolasepak Binan itu, skuad wanita negara yang membawa misi mencatat keputusan seri terpaksa akur dengan kekuatan Thailand yang membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Ploychompoo Somnuek.

Bersambung babak kedua, skuad Gajah Putih mengukuhkan kedudukan apabila mencetak gol kedua menerusi jaringan Pattaranan Aupachai pada minit ke-54.

Tidak terhenti di situ, Thailand menambah koleksi gol pada minit ke-73 hasil jaringan U-Raiporn Yongkul dan berbaki empat minit wisel penamat, Nutwadee Pram-Nak pula menghadiahkan gol keempat buat pasukan itu.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Jacob Joseph mengumpul dua mata untuk berada di kedudukan keempat kumpulan A manakala Thailand memperoleh 10 mata di tempat kedua.

Malaysia akan meneruskan aksi pelengkap kumpulan berdepan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Australia pada Selasa depan selepas hanya mencatatkan dua seri dan dua kekalahan sepanjang empat perlawanan diharungi.

Dalam pada itu, pasukan tuan rumah Filipina terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan apabila menundukkan Indonesia 4-1 untuk mendahului kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul 12 mata.

Skuad B-23 Australia turut mencatat kemenangan 4-1 ke atas Singapura untuk berada di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul tujuh mata.

Pada edisi 2019, yang merupakan kali terakhir pertandingan itu dianjurkan, Malaysia gagal mara ke pusingan separuh akhir selepas menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga dengan mengumpul dua kemenangan daripada keseluruhan empat perlawanan.

Pencapaian terbaik pasukan wanita negara di Kejohanan AFF adalah pada edisi 2007 yang menyaksikan Malaysia mara sehingga ke peringkat separuh akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam