web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chico Aura Tamat Kemarau Gelaran, Se-Young Juarai Masters Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 5:37PM

Chico Aura tamat kemarau gelaran, Se-Young juarai Masters Malaysia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain bukan pilihan dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, akhirnya berjaya menamatkan kemarau tanpa sebarang kejuaraan antarabangsa apabila meraih gelaran Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pemain perseorangan lelaki Indonesia itu menampilkan aksi membanggakan dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan, Ng Ka Long Angus dari Hong Kong,22-20, 21-15,  pada pertarungan sengit untuk gelaran sulung kejohanan berstatus BWF Super 500.

Pemain nombor ke-45 dunia itu berkata ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk melakarkan pencapaian terbesar setakat ini sejak mula mewakili pasukan kebangsaan Indonesia  pada 2015.

"Saya harap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada saya untuk bermain dengan baik pada kejohanan akan datang dan setanding dengan rakan sepasukan - Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie," kata pemain berusia 24 tahun itu selepas aksi final itu.

Semerntara itu, pemain Korea Selatan, An Se Young muncul juara perseorangan wanita selepas akhirnya menewaskan juara bertahan, Chen Yu fei dari China, buat pertama kali dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.

Se Young menjadi pemain pertama dari Korea Selatan merangkul kejuaraan tersebut selepas menyingkirkan Yu Fei dengan keputusan straight set 21-17, 21-5 dalam tempoh 38 minit.

Pemain berusia 20 tahun dan berada di ranking keempat dunia itu mengakui bahawa sukar untuk mempercayai boleh memenangi final terhadap Yu Fei selepas tewas kepada pemain ranking ketiga dunia itu selama ini.

Saya melakukan banyak kajian tentang permainannya menerusi video lama dan itu banyak membantu saya meningkatkan prestasi menentangnya," katanya yang membuat persediaan menghadapi Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo dari 21 hingga 28 Ogos ini. - Bernama

TAG: badminton, masters, malaysia, final, Chico Aura Dwi Wardoyo, An Se Young

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad