web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Wakil Negara Di Pentas Final Masters Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 7:00AM

Beregu badminton lelaki Malaysia Soh Wooi Yik dan Aaron Chia - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Masters Malaysia 2022 menemui titik nokhtah selepas wakil terakhir negara, dua beregu utama negara, mengalami kekalahan di peringkat separuh akhir di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, semalam

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal dalam misi memburu gelaran utama di laman sendiri apabila tewas 14-21, 21-19, 10-21 kepada naib juara Terbuka Malaysia, minggu lepas, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Pasangan Fajar-Muhammad akan bertemu rakan senegara, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan di pentas final esok selepas ‘The Daddies’ menumpaskan beregu China yang semakin meningkat, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-10, 21-19.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka berada di bawah tekanan tinggi pada selang set penentuan selepas ketinggalan 2-11 sebelum akur kepada gandingan Indonesia itu.

Wook Yik, sebaliknya, berkata mereka telah belajar satu pengajaran hebat  dan kini menjadikan rekod terikat 3-3 dalam enam pertemuan antara mereka.

Ini merupakan kekalahan separuh akhir kedua berturut-turut selepas gandingan di ranking keenam dunia itu tewas kepada beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-23, 9-21 di Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Sementara itu, harapan beregu wanita negara,Pearly Tan-Thinaah untuk mara ke final selepas menjuarai Terbuka Swiss 2021 tidak kesampaian selepas kecundang kpada juara dunia dua kali, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Selepas tewas mudah 10-21 pada set pembukaan, Pearly-Thinaah bangkit untuk memberi singan sengit sehingga terikat 19-19 pada set kedua tetapi gandingan nombor satu dunia dari China itu bertindak tenang sebelum mengesahkan tempat ke final dengan 21-19.

Qing Chen-Yi Fan akan menentang gandingan Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada final esok selepas beregu  pilihan keenam kejohanan dari Jepun itu mengalahkan gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong, 24-22, 21-13, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir..

Thinaah, berkata sukar untuk mengikut rentak lawan kerana terus memberi tekanan dengan corak permainan pantas.

Berikutan kekalahan itu, Pearly  berkata mereka akan mengkaji kesilapan dan kelemahan dan beralih tumpuan kepada Sukan Komanwel di Birmingham, England, mulai 28 Julai hingga 8 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad