web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Kekalkan Rekod Bersih Untuk Mara Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:37PM

Aksi beregu badminton lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik (kanan) dan Aaron Chia (kiri) ketika menentang pemain Korea Selatan, Kim Gi Jung dan Kim Sa Rang pada perlawanan badminton 'Perodua Malaysia Masters 2022' - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pasangan Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2022, di sini esok. 

Dalam aksi pusingan kedua di Arena Axiata di sini hari ini, Aaron-Wooi Yik berjaya mengatasi tentangan sengit daripada  Gi Jung-Sa Rang sebelum melangkah keluar dari gelanggang dengan kemenangan 21-18, 21-18.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut  Aaron-Wooi Yik ke atas lawan mereka selepas pertemuan pertama mereka di Terbuka Indonesia 2022  yang menyaksikan mereka mengatasi beregu Korea Selatan itu  21-18, 11-21, 21-11.

Beregu nombor enam dunia itu bakal berhadapan pasangan Taiwan,  Chang Ko-Chi-Po Li-Wei untuk menentukan satu slot ke separuh akhir esok.

Terdahulu, Ko-Chi-Li-Wei menewaskan satu lagi beregu negara, Chang Yee Jun-Yap Roy King, 14-21, 21-11, 21-10. 

Biarpun beraksi dengan tenang hari ini, Aaron berkata mereka perlu mencari jalan untuk mengelak daripada membenarkan lawan daripada mengejar mata.

“Dah biasa cari jadi macam ini, sekarang kena cari penyelesaian untuk atasi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan. 

Wooi Yik pula bertekad untuk memberikan komitmen 100 peratus dalam perlawanan esok untuk menghidupkan impian merangkul gelaran juara sulung mereka.  

Dalam pertemuan antara dua beregu negara di pusingan kedua,  Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, 21-18, 21-14 dalam masa 35 minit.

Mereka akan berhadapan Naib Juara Terbuka Malaysia 2022, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto  selepas beregu Indonesia itu menyingkirkan pasangan Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, 21-14, 21-14.

Sementara itu, beregu profesional negara  Goh V Shem-Low Juan Shen tidak bernasib baik hari ini selepas mereka terpaksa menarik diri daripada perlawanan menentang Juara Terbuka Malaysia 2022  Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun selepas V Shem disahkan positif COVID-19 hari ini.

“Didapati positif tengah hari tadi, jadi saya terpaksa menarik diri daripada perlawanan hari ini,” kata V Shem di laman Instagramnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pengantin Baharu Soon Huat-Shevon Muncul Juara Masters Malaysia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Tersungkur Di Separuh Akhir 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Peluang Aaron-Woii Yik Tamat Kemarau Gelaran Sulung Jelajah Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad