web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hoki-Kobayashi Juarai Terbuka Malaysia Buat Julung Kali

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 9:19PM

Beregu lelaki dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi terselamat dalam pertarungan set penentuan berhadapan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat julung kali di sini hari ini.

Kedua-dua wakil Jepun itu mempamerkan aksi hebat dalam pertarungan sengit set pertama yang membuatkan para peminat yang menyaksikan perlawanan akhir itu di Arena Axiata di sini teruja dan menumpukan sepenuh perhatian sebelum Hoki-Kobayashi mengatasi beregu Indonesia itu 24-22.

Bagaimanapun, tiba giliran Fajar-Muhammad Rian bangkit memenangi set seterusnya apabila mereka meningkatkan gaya dan taktik permainan untuk menundukkan lawan mereka 21-16. 

Dalam set penentuan ia merupakan pertarungan sengit sehingga kedudukan mata 5-5 tetapi selepas itu Hoki-Kobayashi terus menguasai permainan untuk memenanginya dengan keputusan 21-9.

Hoki-Kobayashi merupakan beregu kedua Jepun merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas Takeshi Kamura-Keigo Sonoda - Gambar oleh Alif Omar
Hoki-Kobayashi merupakan beregu kedua Jepun merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas Takeshi Kamura-Keigo Sonoda - Gambar oleh Alif Omar

Hoki-Kobayashi merupakan beregu kedua Jepun merangkul kejuaraan itu selepas Takeshi Kamura-Keigo Sonoda memenanginya pada edisi 2018 selepas menewaskan beregu senegara Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe, 21-8, 21-10.

Sementara itu, Hoki mengakui ia merupakan kejayaan manis buat mereka yang berada di ranking nombor dua dunia untuk muncul juara dalam kejohanan ini buat julung kalinya dan menyasarkan untuk menumbangkan beregu nombor satu dunia pada masa ini  Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia untuk berada di puncak ranking dunia seterusnya.  

Beliau juga berharap untuk mengekalkan prestasi hebat mereka menjelang Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di tanah air mereka yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 28 Ogos ini.

Oleh itu, Hoki berkata mereka akan berhati-hati dalam menghadapi cabaran daripada pasangan lain yang mahu merampas gelaran Juara Dunia itu daripada genggaman mereka.

“Kami akan menggunakan minggu-minggu selepas ini untuk memperhalusi dan lebih bersedia untuk Kejohanan Dunia,” kata beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

3

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad