web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Beregu Negara Buru Slot Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 7:23AM

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik telah menumpaskan pasangan Singapura, Hee Yong Kai Terry-Loh Kean Hean 21-16, 21-13 - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur - Selepas jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir di pusingan kedua, kini hanya empat beregu negara masih meneruskan cabaran di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melepasi halangan pusingan kedua dalam misi memburu gelaran sulung di laman sendiri selepas menumpaskan pasangan Singapura,Hee Yong Kai Terry-Loh Kean Hean 21-16, 21-13.

Beregu pilihan kelima itu akan menentang beregu pilihan ketiga, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir hari ini.

Beregu kedua lelaki negara, Goh-Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan berdepan dengan cabaran getir apabila bertemu juara Terbuka Indonesia, 19 Jun lalu, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China.

Gandingan itu melangkah ke suku akhir dengan mudah apabila memperoleh kemenangan percuma selepas beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty menarik diri akibat kecederaan sebelum memulakan perlawanan.

Beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, turut menempah slot suku akhir dengan menyingkirkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020,, Wang Chi Lin-Lee Yang dari Taiwan, 21-17, 21-18.

Pasangan ranking ke-10 dunia itu akan menentang beregu Indonesia dan pilihan keenam, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto, bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Dalam acara wanita, beregu Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing muncul wakil tunggal negara selepas melakukan kejutan dengan mengalahkan pilihan kedua, Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan, 18-21, 21-12, 21-15.

Mereka akan menentang gandingan Jepun, Mayu Maysumoto-Wakana Nagahara, untuk memburu tiket ke separuh akhir.

Perlawanan suku akhir akan bermula jam 3 petang hari ini. - Bernama
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad