web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dhabitah Disebut Antara Pembawa Jalur Gemilang Sukan Komanwel, Ganti Sivasangari

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 4:14PM

Nur Dhabitah Sabri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, antara nama disebut-sebut sebagai pembawa Jalur Gemilang di Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi menggantikan pemain skuasy wanita S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya bagaimanapun berkata perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam masa terdekat sebelum tarikh akhir ditetapkan pada 15 Julai depan.

“Ada kemungkinan Nur Dhabitah yang akan menggantikan beliau (Sivasangari) namun semuanya akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria,” katanya.

Shahrul Zaman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-25 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh hari ini.

Sivasangari yang dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin, mengalami kecederaan di kepala dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada 3.46 pagi Ahad.

Atlet berusia 23 tahun itu dijangka memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum dapat kembali ke gelanggang.

Mengulas lanjut, Shahrul Zaman berkata mesyuarat itu juga dijangka membincangkan berhubung semakan semula sasaran tujuh pingat emas berikutan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

“Kita perlu berdiri di bumi yang nyata apabila kehilangan prospek pingat dengan penarikan diri Lee Zii Jia.

“Namun, kita menaruh harapan kepada semua yang telah melayakkan diri ke Birmingham untuk menyumbang pingat, cuma kita tumpukan pada unjuran berapa yang kita boleh capai termasuk berdasarkan kepada pencapaian pada Sukan Komanwel empat tahun lepas,” katanya.

Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadual berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar