web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejohanan Berbasikal Trek Asia: Fadhil Zonis Raih Pingat Perak

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 8:39AM

Fadhil (kiri) mencatat masa 1 minit 01.639 saat untuk membawa pulang pingat perak. - Gambar dari Twitter MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis berjaya merangkul pingat perak dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, India, semalam.

Perlumbaan  yang berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu menyaksikan Muhammad Fadhil mencatat masa 1 minit 01.639 saat (s).

Yuta Obara dari Jepun menjuarai acara itu dengan catatan 1:01.118s manakala pelumba tuan rumah Ronaldo Singh Laitonjam meraih gangsa selepas mencatatkan 1:01.798s.

Sementara itu juara acara 500 meter ujian masa Nurul Izzah Izzati Mohd Asri  gagal meneruskan prestasi cemerlangnya selepas tersingkir di peringkat suku akhir acara pecut individu wanita.

Nurul Izzah tewas 1-2 kepada Park Ji Hae dari Korea Selatan manakala seorang lagi wakil negara, Anis Amira Rosidi juga tumbang dengan keputusan sama, kepada rakan senegara Ji Hae, Cho Sunyoung.

Kategori junior pula menyaksikan Zulfahmi Aiman Zulkarnain turut membawa pulang pingat perak bagi perlumbaan scratch lelaki.

Kim Hwarang dari Korea Selatan memenangi emas manakala pelumba India, Birjit Yumnam menamatkan saingan dengan pingat gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad