web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Legenda Lawan Pedang Negara, Ronnie Ignatius Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 6:52PM

Ronnie Ignatius Theseira - Gambar dari Facebook Malaysia Olympians Association

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Legenda sukan lawan pedang negara dan bekas atlet Olimpik 1964 Tokyo , Ronnie Ignatius Theseira, meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 92 tahun di sebuah rumah penjagaan warga emas di Melaka, semalam.

Ronnie, yang membantu memperkenalkan sukan lawan pedang di Malaysia sekitar tahun 1950-an, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tdur.

“Dia meninggal dunia kerana sakit tua, salah seorang senior saya dalam sukan lawan pedang menghantar pesanan mengenai pemergiannya pagi semalam,” kata bekas anak buahnya, Ricky Loo, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bekas atlet negara berusia 76 tahun itu menyifatkan pemergian Ronnie sememangnya satu kehilangan besar kepada sukan itu atas sumbangan besarnya kepada sukan itu termasuk menjadi pengasas Persatuan Lawan Pedang Amatur Malaysia sekitar 1950-an selain melatih kebanyakan bekas pemain negara pada era 1970-an dan 1980-an.

Mendiang meninggal dua anak perempuan manakala isterinya meninggal dunia 10 tahun lalu.

“Mendiang sangat sihat semasa kali terakhir saya bertemu dengannya semasa jamuan malam Krismas tahun lalu di Melaka,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Presiden Persekutuan Lawan Pedang Malaysia, Rusni Abu Hasan, upacara sembahyang jenazah mendiang Ronnie akan diadakan di Xiao En Memorial Centre, Jalan Kuari, Cheras, di sini, pada jam 11 pagi, Selasa ini.

Upcara memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di sana bermula jam 10 pagi hingga 10 malam  pada hari ini dan esok.

Menurut catatan Facebook daripada Persatuan Olimpian Malaysia (MOA), Ronnie mewakili Malaysia dalam sukan lawan pedang di Sukan Olimpik 1964 di Tokyo,Jepun.

Selain lawan pedang, mendiang juga cemerlang dalam sukan tinju, bina badan dan tarian ballroom.

“Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakannya. Semoga rohnya tenang,” menurut MOA. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar