web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Hanya Jurulatih 'Kecil' - Pan Gon

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 11:09AM

Pan Gon (dua dari kanan) ketika meraikan kemenangan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Jalil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon menyifatkan dirinya hanyalah seorang jurulatih ‘kecil’ biarpun berjaya membawa Malaysia menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke saingan Piala Asia 2023, semalam.

Pan Gon berkata kejayaan bersejarah skuad Harimau Malaya bukan disebabkan oleh dirinya semata-mata tetapi juga sokongan oleh semua pihak yang diberikan kepada beliau untuk membangunkan bola sepak negara.

“Saya hanyalah jurulatih kecil, saya datang ke sini meminta semua pihak membantu dan juga mendapat sokongan khas daripada pasukan-pasukan Liga Super. Dengan FAM saya banyak permintaan, saya tahu ia agak sukar buat mereka tapi beliau (presiden) cuba sedaya upaya untuk memenuhinya.

“Seperti kem latihan, kami banyak menambah baik dari segi infrastruktur, kami dapat yang terbaik. Saya tidak melakukan apa-apa, semua yang terlibat melakukan tugasan mereka dengan baik,” kata jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan selepas perlawanan yang menyaksikan Malaysia menewaskan Bangladesh 4-1 sekali gus menempah slot ke Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Gol kemenangan skuad kebangsaan dijaringkan Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok manakala jaringan tunggal skuad Bangladesh diperoleh menerusi Mohammad Ibrahim.

Sementara itu, Pan Gon berkata beliau menjadikan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara AFC buat pertama kali pada April lepas, sebagai inspirasi kepada beliau untuk menyempurnakan tugas membimbing Malaysia ke Piala Asia.

Bekas ketua jurulatih pasukan Hong Kong dan pengarah pasukan kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) itu berkata selain JDT, kelab-kelab tempatan juga memainkan peranan besar dengan melahirkan barisan pemain berkualiti.

“Saya dapat lihat ramai pemain berpotensi yang bagus, ini yang dilakukan oleh bola sepak Malaysia, bukan saya,” katanya.

Beliau turut mengakui jika Malaysia tidak mempunyai asas bola sepak yang kukuh, sudah pasti sukar untuknya melaksanakan dua misi ditetapkan untuknya, iaitu layak ke Piala Asia dan memenangi Piala AFF akan datang. 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 di Kuwait dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad