web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlukah Ahli Politik Menerajui Persatuan Sukan?

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 3:20PM

Shahidan kembali menerajui KOM selepas kali terakhir menyandang jawatan itu pada 2012. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin berniat baik ketika berhasrat mengetuai Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), namun pemilihannya semalam mengundang pelbagai reaksi negatif.

Antara lain ia sekali lagi mencetuskan perdebatan, apakah ahli politik perlu diberi kuasa menerajui persatuan sukan, khususnya apabila standard mereka semakin menjunam sejak dua dekad lalu, dengan pengecualian kepada sukan kategori individu seperti skuasy dan badminton.

Presiden MyKita, Myocho Kan berkata, objektif utama persatuan sukan ialah untuk melindungi, membangun dan menjaga masa depan semua aspek berkaitan, termasuk kemahiran atlet.

“Justeru, barisan kepimpinan perlu datang dari golongan sama yang tahu secara mendalam setiap isu serta kesukaran dialami kerana beliau adalah sebahagian daripada mereka atau lebih baik lagi, pakar dan golongan profesional sukan.

“Ya benar, kadangkala kita memerlukan pakar dari industri berlainan untuk mencetuskan inovasi tertentu tetapi ia boleh sahaja datang di peringkat pertengahan atau eksekutif. Malangnya di Malaysia, sejumlah besar pemimpin dalam persatuan dan masyarakat termasuk agensi berkaitan kerajaan (GLC), memiliki pertalian dengan politik,” katanya dalam wawancara.

Campur tangan politik jika keterlaluan jelas Kan, boleh menjejaskan pembangunan sukan negara.

“Pasukan bola sepak dan badminton negara amat digeruni satu ketika dahulu tetapi sekarang ia hampir tidak dikenali. Ini disebabkan kita kehilangan hala tuju,” katanya.

Sukan, sama seperti ekonomi dan pendidikan tegas Kan, perlu diterajui oleh golongan profesional, bukan ahli politik.

Shahidan yang turut menerajui persatuan renang kebangsaan dilantik sebagai presiden baharu KOM selepas menewaskan penyandang, Datuk S M Muthu dalam pemilihan di Kelab Diraja Selangor.

Bekas Menteri Besar Perlis itu meraih 20 undi berbanding Muthu yang memperoleh 16 undi dalam pertandingan satu lawan satu selepas calon ketiga, Nurhayati Kassim mengundurkan diri.

Ini adalah kali kedua Shahidan mengepalai KOM selepas kali pertama berbuat demikian pada 2008 hingga 2012.

Adrian Rajamoney, anak kepada bekas jurulatih olahraga kebangsaan, Lionel berkata, beliau tidak berhasrat untuk bersikap kurang sopan terhadap Shahidan namun arena sukan negara memerlukan barisan kepimpinan baharu berdarah muda.

“Shahidan sudah diberikan peluang selama sepenggal sebelum ini. Bagaimana persembahan atlet kita waktu itu? Kita perlu berdaya saing serta kompetitif di semua peringkat,” katanya.

Menyuarakan pendapat sama, bekas Senator Yusmadi Yusoff yang bermain untuk pasukan bola sepak belia Pulau Pinang berkata, ahli politik boleh terlibat di peringkat pembuat dasar seperti Parlimen, ketika merangka perundangan untuk meningkatkan pembangunan sukan.

“Tetapi untuk di peringkat persatuan, hanya (terlibat) jika mereka bekas pemain. Ahli politik yang sebelum ini pernah terbabit sebagai atlet boleh dipertimbangkan kerana mereka tahu berkenaan akar umbi sukan,” katanya.

Jika golongan terbabit sekadar untuk meraih populariti jelas Yusmadi, maka agenda mereka boleh dipersoalkan dan mutu sukan berkenaan pasti terjejas.

Sementara itu, peguam veteran S Raveentharan berkata, perlu ada penolakan sepenuhnya terhadap mana-mana ahli politik yang mahu mencampuri urusan sukan.

Beliau merujuk kepada sebahagian tempat di India yang menyaksikan pegawai kerajaan tempatan diharamkan daripada terbabit dalam persatuan sukan, kerana ia dikendalikan sepenuhnya oleh bekas atlet dan golongan profesional.

“Lihat saja pasukan badminton India. Mereka lambat berkembang tetapi telah berjaya menewaskan kita,” katanya.

Menurut beliau, ahli politik sewajarnya memberi tumpuan kepada bidang tugas masing-masing, iaitu berdebat dan mencari formula dasar yang boleh membangunkan negara, berbanding sekarang.

“Biarkan pengurusan sukan dikendalikan jurulatih dan atlet mereka. Mereka lebih tahu apa yang terbaik kerana keputusan itu adalah indikator terbaik untuk melihat apakah persatuan terbabit diuruskan dengan baik,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee berkata, perkara itu seolah sengaja diperbesarkan sesetengah pihak kerana ada ahli politik berjaya menjalankan tanggungjawab mereka menguruskan persatuan sukan dengan baik.

Beliau memetik Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang sebagai contoh, yang diterajui ADUN Sungai Bakap dan Timbalan Speaker DUN, Datuk Dr Amar Pritpal Abdullah dan berjaya menggalas amanah itu dengan baik.

Pulau Pinang kembali menyertai Liga Super musim ini walaupun menduduki tangga bawah.

Menurut Ong, ahli politik seharusnya dipilih berdasarkan keupayaan dan kebolehan mereka, bukan sekadar hubungan politik atau menjadikan dana kewangan sebagai umpan.

“Mencari dana, seperti juga urusan perniagaan perlu dijalankan secara terbuka dan setiap pertubuhan perlu diuruskan dengan baik,” katanya. - The Vibes, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Tegur Kelompok Masyarakat Guna Kata Kesat, Biadab

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KDN Serah Polis, SPRM Dedah Identiti Ahli Politik Naungi Kegiatan Judi

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad