web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Pintu Ke Piala Asia 2023 Masih Terbuka' - Khuzaimi

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 10:44AM

Malaysia tewas kepada Bahrain 1-2 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee percaya ‘pintu’ ke Piala Asia 2023 masih terbuka untuk skuad kebangsaan.

Beliau berkata barisan pemain negara perlu mengekalkan fokus untuk meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh, malam esok.

Selepas tewas kepada Bahrain pada Sabtu lepas, pemain Negeri Sembilan itu yang lebih mesra dengan panggilan Jimmy berkata hanya kemenangan ke atas Bangladesh akan mencerahkan peluang skuad Harimau Malaya beraksi pada saingan tersebut tahun depan.

“Kita masih ada peluang kalau melihat daripada kedudukan pasukan dalam saingan kumpulan lain.

“Jadi diharap peminat dapat terus turun ke stadium ketika menentang Bangladesh untuk memberi sokongan kepada kami,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Selepas mengharungi dua perlawanan, Bahrain di kedudukan teratas Kumpulan E dengan enam mata sementara Malaysia dan Turkmenistan masing-masing mengumpul tiga mata di tempat kedua dan ketiga manakala Bangladesh tercorot tanpa mata.

Hanya juara kumpulan dan lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia 2023.

Berdasarkan ranking lima naib juara terbaik selepas dua perlawanan, Malaysia berada di kedudukan terakhir sementara Thailand, Kyrgyzstan dan India di posisi teratas dengan mengumpul enam mata manakala Filipina (empat mata) di tempat keempat.

Sementara itu, Ahmad Khuzaimi berkata skuad kebangsaan perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan ketika berdepan Bangladesh.

“Apa yang perlu dilakukan adalah fokus dan tidak melakukan kesilapan bodoh,” katanya yang mengakui kesilapan-kesilapan tidak sepatutnya menyebabkan pasukan negara tewas 1-2 di tangan Bahrain.

Pada aksi tersebut, Ahmad Khuzaimi mencipta bantuan jaringan kepada Mohamadou Sumareh untuk meletakkan Malaysia di hadapan, namun skuad ‘Dilmun’s Warriors’ bangkit meledak dua gol termasuk satu sepakan penalti untuk meraih tiga mata penuh. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad