web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pemain Hoki Olimpik, Freddy Wilfred Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain hoki kebangsaan Freddy Wilfred Vias meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya tengah hari semalam pada usia 93 tahun.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi perkongsian di Facebook mengesahkan kematian Freddy, yang merupakan pemain pasukan kebangsaan pada era 1950an serta kapten pasukan pada 1954.

Lebih dikenali sebagai ‘Uncle Freddy’ beliau merupakan salah seorang pemain utama yang membantu skuad negara (Persekutuan Tanah Melayu) untuk membuat penampilan sulung pada Olimpik 1956 di Melbourne.

Freddy juga dilantik sebagai setiausaha Persatuan Hoki Johor pada 1950 hingga 1953 dan setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan pada 1956 hingga 1957.

Beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan sukan-sukan di Malaysia menerusi pelbagai jawatan ketika berkhidmat dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu sebagai Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri (1966-1970), Pegawai Bahagian Sukan (1972-1980), Pengarah Sukan (1980-1981) dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (1 April 1981 hingga 31 Dis 1981).

Pencapaian Freddy turut diabadikan dalam Dewan Kemasyhuran MOM pada 2004 sempena sumbangannya dalam pembangunan sukan di Malaysia, selain pernah dipilih sebagai salah seorang daripada 80 orang pembawa obor untuk Larian Berganti-ganti Obor Olimpik yang diadakan sempena Olimpik Beijing 2008 pada 21 April tahun sama di sini. 

“Pemergian Freddy Wilfred adalah satu kehilangan besar kepada fraterniti sukan di Malaysia,” menurut kenyataan MOM itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad