web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Presiden PKBM Didakwa Salah Guna Jawatan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 6:13PM

Abu Samah Abd Wahab (tengah) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -  Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas dua pertuduhan salah guna jawatan.

Abu Samah, 81, didakwa menggunakan jawatannya sebagai Presiden PKBM sebagai dorongan mendapatkan suapan, apabila memilih syarikat miliknya dan anak-anaknya iaitu Syarikat Harapan Baiduri Sdn Bhd, untuk menyediakan sewaan kenderaan logistik dengan harga sewaan RM12,750 melalui 13 baucar bayaran mulai 2013 hingga 2018.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa atas perbuatan sama melibatkan syarikat miliknya dan adik- beradiknya, iaitu Syarikat Keluarga Haji Wahab Hassan Sdn Bhd untuk membuat sewaan inap desa (homestay) bagi kegunaan atlet berbasikal dengan sewaan RM36,061.85 melalui 32 baucar bayaran dari 2013 hingga 2018.

Dia dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu pejabat PKBM, di Melaka Tengah antara 2013 dan 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Abu Samah yang tidak diwakili peguam merayu, agar jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan faktor usia serta telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan.

Tertuduh juga memohon agar pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat di luar negara atas kapasitinya sebagai presiden PKBM, dalam masa terdekat.

Hakim Nariman Badruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah, namun tertuduh boleh memohon secara rasmi apabila mempunyai keperluan menggunakannya.

Mahkamah menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad