web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


L’Etape Malaysia, Pertingkat Minat Sukan Berbasikal Di Kalangan Anak Muda

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 9:00AM

Hanan Hafiza membaiki basikal di kedainya bersama suami, Muhammad Fuad Mohd Mukhid.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Aktiviti berbasikal bukanlah sesuatu yang baharu bagi penduduk sekitar Desaru di sini, kerana ia antara aktiviti riadah yang selalu disertai penduduk terutamanya anak muda sejak sekian lama.

Namun diakui, penganjuran acara berbasikal tempatan atau antarabangsa di kawasan berkenaan berupaya meningkatkan kesedaran dan menyuntik minat golongan terbabit untuk menceburi sukan lasak tersebut pada skala lebih besar.

Bagi peniaga kedai basikal di Bandar Penawar, Hanan Hafiza Mohd Azli, sukan berbasikal yang disertai secara aktif oleh penduduk sekitar bukan sahaja memberi impak positif kepada peniaga kedai basikal, tetapi turut menjadi satu budaya sihat kepada penduduk.

Hanan Hafiza Mohd Azli
Hanan Hafiza Mohd Azli

“Budaya berbasikal ini sudah lama, tetapi apabila adanya penganjuran acara dalam atau luar negara, sebagai peniaga memang beri impak positif.

“Ditambah pula jika ia dianjurkan secara berkala, pastinya menjadi satu budaya yang sihat kepada penduduk di sini,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Bagi Hanan, ini adalah permulaan yang baik untuk mengembalikan semula aktiviti sosial masyarakat setempat.

“Di sini banyak kumpulan berbasikal. Sebagai peniaga, kita dapat juga tempiasnya, memandangkan di kawasan ini juga tidak banyak kedai basikal dan kelebihan kami di sini adalah menyediakan perkhidmatan membaiki basikal, bukan sekadar menjual sahaja.

“Kita juga sedang membuat persiapan menjelang L’Etape Malaysia ini kerana tahu akan adanya kemasukan ramai penggemar sukan berbasikal ke Kota Tinggi,” katanya yang berniaga bersama suaminya, Muhammad Fuad Mohd Mukhid.

Menurut Hanan, pemilihan Desaru sebagai lokasi penganjuran L’Etape Malaysia Sabtu ini dilihat amat bertepatan dan bersesuaian, terutamanya apabila mengambil kira keadaan jalan raya dan kawasan sekitar.

“Di sini kawasan sekitarnya tidak terlalu berbukit dan tidak juga terlalu mendatar, tetapi masih mencabar ketahanan peserta, tambahan pula cuaca agak panas sekarang,” katanya.

Bagi pekerja swasta, Masturah Suradi, 33, penduduk setempat amat dahagakan penganjuran acara berskala besar yang mampu memikat kehadiran ramai pelancong.

Masturah Suradi
Masturah Suradi

Katanya, L’Etape bagaikan percikan bunga api yang menerangi alam, selepas sekian lama masyarakat setempat berada dalam keadaan suram akibat pandemik COVID-19.

“Ramai orang bererti suasana pasti meriah dan sektor perniagaan kembali rancak. Saya rindukan kemeriahan yang ada satu ketika dulu.

“Dah dua tahun tidak ada acara besar di sini, jadi bila ada acara seperti L’Etape,  peniaga paling seronok kerana dapat merancakkan semula ekonomi,” katanya.

Menurut Masturah, pelbagai acara berbasikal pernah diadakan di sekitar Desaru, antaranya pada 2015 dan 2019.

“Sebagai penduduk sekitar, kita teruja setiap kali adanya penganjuran acara besar kerana dapat menaikkan nama Desaru itu sendiri, selain membolehkan penduduk menimba pengalaman dan mencipta kenangan yang amat bermakna,” katanya. - Getaran 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad