web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemain Piala Presiden Selangor FC Meninggal Dunia, Ada Sejarah Penyakit Asma

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:21PM

Allahyarham Muhammad Husni Idrus - Gambar dari Twitter @pfamalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain Piala Presiden Selangor FC, Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata ia hasil semakan rekod kesihatan pemain berusia 21 tahun itu.

Beliau berkata Muhammad Husni ditemukan terbaring berhampiran tandas di sebuah medan selera di Sunway X Park, Petaling Jaya pada 9.58 malam.

"Pemain tersebut telah menyertai perlawanan bola sepak antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim III di Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kelana Jaya.

"Setelah selesai perlawanan, Muhammad Husni dan beberapa rakan ke lokasi kejadian (medan selera) untuk menjamu selera sebelum mengalami sesak nafas sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Mashariman berkata mayat Muhammad Husni dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam hantaran Facebook hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Husni dan mendoakan semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa Allahyarham. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad