web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Doa Ibu Bapa Iringi Kejayaan Sazzlan Genggam Emas Di Hanoi

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 8:50PM

Sazzlan menunjukkan pingat yang dimenanginya dalam beberapa kejohanan silat ketika mewakili negara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Doa ibu bapa yang dititipkan jauh dari kampung halaman di Batu 4, Jalan Apas di sini mengiringi kejayaan atlet silat negara, Sazzlan Yuga, 27, yang menyumbang pingat emas Sukan SEA 2021, di Hanoi, Vietnam, minggu lalu.

Sazzlan yang bergandingan Mohd Takiyuddin Hamid berjaya mempertahankan pingat emas negara dalam kategori Ganda Putra Pencak Silat (Seni).

Yuga Huseng, 53, berkata, seperti juga ibu bapa yang lain, dia dan isteri Inawati Abd Fattan, 49, tidak putus mendoakan kejayaan anak keduanya itu.

“Biar pun, sudah beberapa kali mewakili negara, kami tetap berdebar setiap kali melihat Sazzlan bertanding.

“Sebelum peringkat akhir (pertandingan silat), saya dan isteri melakukan solat sunat dan membaca al-Quran bagi mendoakan kejayaan Sazzlan,” katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Sazzlan (kiri) ketika menerima kunjungan ADUN Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di kediamannya.
Sazzlan (kiri) ketika menerima kunjungan ADUN Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di kediamannya.

Sazzlan tiba di Kuala Lumpur pada Khamis lalu, sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Menurut Sazzlan, pengorbanan menjalani latihan sepanjang bulan Ramadan berbalas apabila berjaya memenangi pingat emas untuk negara.

“Walaupun tiba di Hanoi selaku juara bertahan, kami tidak pernah menganggap perlawanan ini sesuatu yang mudah.

“Sebaliknya dengan pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19 dan format pertandingan yang baharu, kami tetap berusaha sebaik mungkin untuk menang,” katanya.

Pernah memenangi emas dalam Kejohanan Silat Dunia di Singapura pada 2018, Sazzlan memberitahu, dia juga mengambil inisiatif sendiri melakukan latihan tambahan sebagai persiapan untuk temasya Sukan SEA, tahun ini.

“Rakan regu saya (Mohd Takiyuddin) mempunyai prestasi yang cemerlang dalam acara ini.

“Justeru, saya perlu melakukan latihan tambahan sendiri bagi memastikan stamina setara dengan rakan pasukan,” katanya.

Doa Yuga dan Inawati mengiringi kejayaan Sazzlan merangkul emas di Sukan SEA Hanoi.
Doa Yuga dan Inawati mengiringi kejayaan Sazzlan merangkul emas di Sukan SEA Hanoi.

Menurut Sazzlan, setiap hari dia akan melakukan aktiviti seperti melompat tali sehingga 5,000 kali bagi memastikan stamina kekal pada tahap terbaik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menyokong kejayaan kami.

“Selepas ini, saya akan bekerja di Kuala Lumpur dan menjalani latihan intensif seperti biasa bagi menghadapi kejuaraan dunia yang dijangka berlangsung di Melaka, tidak lama lagi,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan