web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rachel Ceriakan Kem Gimnastik Raih Emas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 8:40PM

Rachel Yeoh Li Wen - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Gimnas artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen menampilkan aksi memukau untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas dalam acara palang bertingkat (palang asimetrik) pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.

Pencapaian cemerlang gimnas berusia 23 tahun di Pusat Gimnasium Quan Ngua itu, hadir selepas beliau menyumbangkan pingat pertama buat Malaysia dalam sukan gimnastik menerusi gangsa dalam acara all-around individu semalam.

Dalam saingan hari ini, Rachel mempamerkan gerakan konsisten untuk memikat juri sekali gus memperoleh 13.000 mata, mengatasi peserta tuan rumah Pham Nhu Phuong yang mengumpul 12.457 mata manakala pingat gangsa diraih atlet Singapura Nadine Joy Nathan (12.433 mata).

Sementara itu, dua gimnas lelaki negara Tan Fu Jie dan Muhammad Sharul Aimy masing-masing meraih pingat perak dan gangsa dalam acara kekuda berpelana setelah memperoleh 14.200 dan 12.500 mata.

Peserta tuan rumah Dang Ngoc Xuan Thien mendominasi acara berkenaan setelah mengutip 14.400 mata. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi