web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Pasukan Renang Hilang Pingat Perak, Penyertaan Dibatalkan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 9:05AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Pasukan renang Malaysia hilang sebutir pingat perak bagi acara 4X100 meter (m) gaya bebas lelaki, selepas pasukan itu bersama pasukan Singapura, dibatalkan penyertaan akibat pelepasan palsu di Pusat Akuatik Palace di sini, malam tadi.

Berdasarkan kepada keputusan awal ditunjukkan pada papan mata, Singapura yang dianggotai bekas juara Olimpik Joseph Schooling, Mikkel Lee, Quah Zheng Wen dan Jonathan Tan menamatkan perlumbaan terlebih dahulu dengan catatan masa 3 minit 17.19 saat.

Malaysia yang dibarisi Welson Sim, Lim Yin Chuen, Khiew Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal, pula ditempat kedua dengan 3:20.13s, iaitu catatan lebih baik daripada rekod kebangsaan 3:21.06s yang dicatatkan di Sukan Asia 2018, diikuti Vietnam (3:21.81s).

Dengan pembatalan Singapura dan Malaysia menyaksikan Vietnam diberikan pingat emas, manakala Indonesia (3:24.090s) perak dan  Thailand (3:24.280s) menang gangsa.

Jurulatih kebangsaan Chris Martin berkata pemeriksaan beliau terhadap sistem masa Omega, salah seorang daripada perenang terjun ke kolam 0.12 saat lebih awal.

“Kami amat kecewa kerana ia satu renangan yang bagus, satu rekod kebangsaan baharu, tetapi inilah yang terjadi, kami terlebih semangat. Telah beritahu mereka, kehilangan pingat ini seharusnya menjadikan mereka lebih semangat dalam acara individu dan tunjukkan keupayaan kita,” katanya kepada media. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad