Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Singapura Sekat Malaysia

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 9:46PM

Kapten Pasukan Malaysia Mukhairi Ajmal (tengah) mengawal bola ketika menentang pasukan Singapura pada saingan Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NAM DINH - Malaysia terlepas peluang muncul pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31, selepas seri 2-2 menentang ‘musuh’ tradisi Singapura pada aksi ketiga Kumpulan B di Stadium Thien Truong di sini, hari ini.

Keputusan itu menghentikan momentum kemenangan pasukan negara, susulan dua kemenangan yang diraih ke atas Thailand dan Laos sebelum ini, sekali gus menyaksikan perlawanan terakhir bertemu Kemboja Isnin depan, menjadi penentu dalam memburu slot ke pusingan kalah mati.

Pada aksi yang berlangsung sengit seawal permainan bermula itu, Malaysia tidak menunggu lama untuk berada di depan menerusi penyerang Luqman Hakim Shamsudin, yang bijak mencari ruang dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang pada minit keempat.

Ia merupakan gol ketiga peribadinya pada temasya sukan dwitahunan itu, selepas menamatkan kemarau gol lebih dua tahun di pentas antarabangsa, dengan dua jaringan disumbangkan ketika berdepan Laos Rabu lepas.

Bagaimanapun, tiga minit berselang, Singapura yang turun berkasi dengan misi wajib menang menyamakan kedudukan, selepas percubaan dari luar kotak penalti pemain tengah Nur Muhammad Shah Shahiran, gagal diselamatkan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Aksi semakin menarik dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan berbahaya, dengan Malaysia memiliki peluang untuk kembali di depan, namun percubaan penyerang Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-25, berjaya ditampan penjaga gol yang juga kapten Singapura Zaiful Nizam Abdullah.

Luqman Hakim memiliki peluang keemasan untuk mencetak gol kedua peribadinya pada perlawanan itu, selepas menerima lorongan cantik rakan sepasukan ke dalam kotak penalti, tetapi gagal meletakkan bola melepasi Zaiful Nizam pada minit ke-32.

Menghampiri waktu rehat, Malaysia sekali lagi hampir di depan, namun tandukan pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar, sedikit melewati tiang gol dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, intensiti permainan terus berada pada tahap tertinggi namun tiada percubaan berbahaya dari kedua-dua pasukan sehingga lah minit ke-76, yang menyaksikan penyerang Singapura Kweh Jia Jin Glenn gagal memanfaatkan peluang keemasan selepas rembatan melambung tinggi.

Dua minit kemudian, pemain tengah Harhys Rizal Gareth Ian Stewart menjadikan kedudukan 2-1 buat Singapura, selepas bijak mencari ruang dalam kotak penalti untuk memanfaatkan sepakan percuma diambil Nur Muhammad.

Namun, jaringan itu tidak sedikit pun melunturkan semangat juang tinggi pasukan negara yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Muhammad Faiz Amer Runnizar pada minit ke-82 berpunca dari sepakan sudut.

Jaringan penyamaan itu mengubah perlawanan menjadi tegang, apabila kedua-dua pasukan lebih bertindak agresif dalam mengekang asakan ke kubu pertahanan, sehingga permainan terhenti seketika apabila berlaku insiden tolak menolak antara pemain.

Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dari India R.Ventakesh, sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati sementara Singapura akur peluang ke separuh akhir sudah tertutup buat mereka, selepas hanya mengutip lima mata daripada empat perlawanan.

Malaysia kini mengumpul tujuh mata di kedudukan teratas dengan persaingan merebut dua slot ke pusingan kalah mati masih terbuka antara pasukan negara serta Kemboja dan Thailand, yang bakal turun membuat perhitungan pada satu lagi aksi kumpulan, malam ini.

Pada pertembungan itu, sekiranya salah satu pasukan berjaya melakar kemenangan ia sekali gus menjamin tempat Malaysia ke separuh akhir. - Bernama

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

Semasa 14 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM