web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Atlet Wushu Cipta Kejutan, Rangkul Emas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 4:19PM

Tan Zhi Yan (kiri) bersama Clement Ting Su Wei masing-masing berjaya menyumbang emas dalam acara akhir Taijiquan dan Changquan Lelaki pada Sukan SEA ke-31 di Cau Giay Gymnasium, Hanoi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Kem wushu negara tampil cemerlang apabila mencipta kejutan merangkul dua pingat emas dan sebutir perak menerusi disiplin taolu pada hari pertama sukan itu dipertandingkan di Sukan SEA ke-31 di sini. 

Lebih menceriakan apabila ketiga-tiga pemenang pingat itu, merupakan atlet yang beraksi buat kali pertama di temasya dwitahunan berkenaan, sekali gus memastikan sasaran sebutir perak dan sebutir gangsa skuad wushu tercapai.

Kilauan emas pertama di Cau Giay Gymnasium di sini, hadir menerusi Clement Ting Su Wei, 24, pada acara changquan lelaki selepas beliau mencatatkan 9.70 mata.

Walaupun memperoleh mata yang sama dengan juara 2017 Lim Jowen Si Wei dari Singapura, selepas kedua-duanya berjaya melengkapkan persembahan tanpa kesilapan, Clement diangkat sebagai juara kerana gaya persembahannya lebih memikat barisan juri.

Seorang lagi wakil Malaysia pada acara itu, Yeap Wai Kin, terlepas kedudukan podium menerusi 0.01 mata untuk berada pada kedudukan keempat dengan 9.68 mata, di belakang Seraf Naro Siregar (9.69) dari Indonesia.

Tan Zhi Yan kemudiannya mengungguli acara taijiquan lelaki bagi menghadiahkan pingat emas ke-11 negara.

Atlet berusia 22 tahun dari Batu Berendam, Melaka itu berjaya memukau para juri dengan gerakan mantap untuk meraih 9.71 mata, diikuti Jones Inso (9.70) dari Filipina dan Jun Kai Chan (9.57) dari Singapura.

Sementara itu, Calvin Lee Wai Leong membawa pulang pingat perak acara nandao lelaki dengan 9.68 mata, manakala wakil tuan rumah Phạm Quoc Khanh (9.70) dan Huu Nong Van (9.67) masing-masing meraih emas dan gangsa.

Bagi acara jianshu wanita, Pan Pui Yee, menamatkan saingan pada tempat tercorot dalam kalangan tujuh peserta apabila hanya mendapat 9.36 mata.

Cabaran skuad taolu negara bersambung esok menerusi acara daoshu + gunshu lelaki dan wanita, taijijian lelaki, qiangshu wanita, tajiquan wanita serta nanquan lelaki. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar