web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gol Masa Kecederaan Forestieri Lonjak JDT Ke Tangga Teratas Liga Super

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 9:02AM

Forestieri meraikan kemenangan ke atas Negeri Sembilan bersama penyokong JDT. - Gambar dari Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berhempas-pulas sebelum berhasil menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Dalam pertembungan itu, penyerang import Fernando Forestieri muncul wira buat JDT selepas menjaringkan gol pada masa kecederaan, sekali gus menyaksikan pasukan itu kini di tangga teratas liga dengan 15 mata.

Negeri Sembilan selaku penyandang takhta liga sebelum ini terpaksa berpuas hati pada kedudukan kedua dengan 14 mata.

Di KUANTAN dalam satu lagi aksi Liga Super, Sri Pahang FC berputih mata apabila tewas 1-2 kepada Sarawak United di Stadium Darul Makmur.

Pahang terlebih dahulu memecah kebuntuan gol menerusi sepakan deras Manuel Hidalgo dari luar kotak penalti pada minit ke-48.

Sarawak bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-54 yang memanfaatkan hantaran rakan sepasukan Francis Kone.

Insiden Muhammad Gopi dikasari oleh Muhammad Arshad menghadiahkan sepakan penalti buat Sarawak yang disempurnakan Uche Agba pada minit ke-72, justeru menoktahkan kemenangan skuad Bujang Senang.

Dalam pada itu, Perak FC menundukkan Skuad Projek FAM-MSN 1-0 dalam perlawanan tunggal Liga Premier malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Gol perlawanan dijaringkan kapten pasukan Perak Firdaus Saiyadi pada minit ke-63. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad