web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Atlet Malaysia Terus Sumbang Emas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 6:38PM

Atlet terjun negara, Jellson Jabillin (kanan) bersama gandingannya Hanis Nazirul Jaya Surya (kiri) ketika beraksi dalam acara 10M platform seirama lelaki pada Sukan SEA 2021 di Pusat Akuatik My Dinh hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Kilauan pingat emas terus dituai skuad terjun kebangsaan selepas pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Yan Yee-Ker Ying yang pertama kali bergandingan di pentas antarabangsa dinobatkan sebagai pemenang apabila mengumpul keseluruhan 276.30 mata dalam lima terjunan.

Pasangan tuan rumah, Mai Hong Hanh-Ngo Phuong Mai yang memungut 237.57 mata meraih pingat perak, sementara gangsa menjadi milik wakil Singapura Ashlee Tan Yi Xuan-Fong Kay Yian selepas mengumpul 229.41 mata.

Pencapaian dilakar Yan Yee-Ker Ying adalah pingat emas keempat disumbangkan kem terjun negara di temasya sukan dwitahunan itu, selepas Ooi Tze Liang turut cemerlang merangkul emas dalam acara 1m papan anjal lelaki pada saingan final terdahulu.

Kem terjun akan meneruskan pemburuan pingat emas esok dengan Yan Yee dan Ker Ying menggalas cabaran negara dalam acara 3m papan anjal wanita, sementara gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya bertanding dalam acara 10m platform seirama lelaki.

Malaysia menyasarkan menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA edisi kali ini.

Sementara itu, Ng Yan Yee pula menyumbangkan kilauan pingat emas kelima kontinjen negara menerusi final 3 meter (m) papan anjal wanita.

Ia adalah pingat emas kedua peribadi Yan Yee di temasya sukan dwitahunan itu selepas menyambar emas acara 3m papan anjal seirama wanita bergandingan bersama Ong Ker Ying.

Lebih manis pada aksi final hari ketiga sukan terjun itu, Ker Ying memastikan Malaysia menamatkan acara dengan pencapaian gemilang apabila merangkul pingat perak untuk mencipta kejayaan kedudukan podium 1-2, menewaskan enam penerjun lain.

Yan Yee dinobatkan juara apabila mengumpul keseluruhan 270.60 mata menerusi lima terjunannya, diikuti Ker Ying (242.40 mata) sementara wakil Singapura bangkit daripada ketinggalan untuk membawa pulang gangsa dengan mengutip 230.15 mata.

Malaysia menyasarkan menyapu bersih lapan pingat emas acara terjun yang ditawarkan pada Sukan SEA kali ini, untuk mengulangi pencapaian edisi 2019 di Filipina yang menyaksikan kem terjun membolot kesemua empat pingat emas dipertandingkan. - 

Turut menyumbang emas ialah gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya yang menang dalam acara 10m platform seirama lelaki. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar