web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesilapan ‘Budak Sekolah’ Punca KDA FC Tewas Kepada Melaka United

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 11:54AM

Pemain pertahanan KDA FC, Rodney Celvin (kiri) cuba menghalang percubaan penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, malam tadi. - Gambar ihsan Melaka United

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharil Sahak melahirkan kekecewaannya terhadap barisan pemain yang dianggap melakukan kesilapan bertaraf ‘budak sekolah’ hingga menyebabkan pasukan itu tewas kepada Melaka United 3-2 pada perlawanan di Stadium Darul Aman, malam tadi. 

Menurut jurulatih kelahiran Singapura itu, setiap gol diperoleh lawan berpunca daripada kesilapan anak buahnya yang amat sukar diterima.

Katanya, pemain jelas tidak mengambil iktibar daripada kesilapan terdahulu dan ia amat mengecewakannya. 

"Hari ini (malam tadi) semuanya berkaitan dengan kesilapan individu. Barisan pemain masih belum belajar daripada kesilapan lampau dengan mereka sepatutnya bermain secara mudah dan bijak apabila sudah mendahului pasukan lawan. 

“Tetapi itu tidak berlaku dengan kita kerap kehilangan bola dan membenarkan pemain lawan menghampiri gawang sendiri.

“Ini kesilapan yang sentiasa berulang dalam setiap perlawanan dan bagi saya, itu tidak dapat diterima kerana pemain kami melakukan kesilapan budak sekolah,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan, malam tadi. 

Dalam perlawanan itu, penyerang utama KDA FC, Ronald Ngah Wanja menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit ke-20 sebelum ayam tambatan Melaka United, Ifedayo Olusegun meledak gol penyamaan, tiga minit kemudian. 

Penyerang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad kembali meletakkan KDA FC di depan menerusi rembatan berkualiti dari luar kotak penalti pada minit ke-36, namun jaringan pemain import Melaka United, Emmanuel Oti pada minit ke-78 serta satu gol tambahan hasil jaringan Ifedayo pada masa kecederaan, membolehkan pasukan pelawat mengutip tiga mata penuh untuk dibawa pulang. 

Aidil menambah, beliau sangat kecewa dengan aksi ditampilkan pasukannya ketika segala taktikal dan persiapan sudah dilakukan bagi memastikan mereka dapat mengutip tiga mata dalam perlawanan itu. 

“Banyak kali saya katakan apabila sudah mendahului, kita perlu jadi bijak agar tidak kehilangan bola. Tetapi itu tidak berlaku kerana kami kehilangan fokus dan pasukan lawan akhirnya menghukum kami di atas kesilapan itu. 

“Saya kasihankan penyokong yang datang dari jauh menyokong pasukan dan menjangkakan kami akan mendapat tidak mata penuh malam ini. Taktikalnya sudah ada, persiapan semua sudah dilakukan tetapi kami gagal ‘deliver’ di padang,” katanya. 

Dalam pada itu, jurulatih Melaka United, Mohd Asri Ninggal memuji barisan pemainnya yang tidak putus asa walaupun dua kali ketinggalan kepada KDA FC di laman lawan. 

“Selepas dua kali ketinggalan, saya fikir pemain kami, terutamanya anak tempatan mahu membuktikan sesuatu kepada penyokong. Mereka mahu buktikan bahawa Melaka United sebuah pasukan bagus dan boleh bermain bola sepak dengan baik. 

“Barisan pemain KDA FC tampak ‘pancit’ dalam tempoh 20 minit terakhir. Jadi kami memanfaatkan kesempatan itu dengan mendominasi permainan hingga berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan,” katanya. - Getaran, 7 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan