web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Semakin Pulih Selepas Jalani Pembedahan Jantung

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 3:30PM

Azizulhasni menjalani pembedahan jantung pada 21 April lalu dan sedang menjalani pemulihan di Melbourne. - Gambar dari Facebook Azizulhasni Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

Atlet berusia 34 tahun yang juga harapan pingat emas negara pada Olimpik Paris 2024 berkata beliau menjalani pembedahan pembetulan selama tiga jam pada 21 April lalu untuk penyakit itu, yang membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.

Beliau akan terus menjalani pemulihan di Melbourne dan berkemungkinan hanya kembali menjalani latihan tahun depan.

Ini bermakna pemenang pingat Sukan Olimpik dua kali itu akan terlepas Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou tahun ini, tetapi berazam untuk bersaing pada Olimpik Paris.

"Pasukan perubatan menasihatkan saya untuk melakukan pembedahan secepat mungkin kerana ia adalah situasi yang mengancam nyawa. Saluran (darah) saya tersumbat dan hanya tinggal 20 peratus sahaja mengalir, memang sangat minimum, tambah pula kalau saya buat senaman berintensiti tinggi.

"Kalau saya bersara atau tak aktif pun saya masih perlu menjalani pembedahan dengan cepat kerana keadaan saya akan menjadi lebih teruk apabila saya semakin berusia. Apabila kita semakin tua, otot jantung akan makin menebal, akan menyempitkan lagi saluran yang terhimpit itu," katanya pada sidang akhbar maya dari Melbourne hari ini.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar