web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ACL: Kawasaki Frontale Benam JDT 5-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 8:40AM

Pemain JDT, Safawi Rashid berjaya melepasi 2 pemain Kawasaki Frontale, Chanathip Songkrasin dan Asahi Sasaki pada perlawanan ACL bagi kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kelab bola sepak gergasi Asia, Kawasaki Frontale membuktikan kehebatan mereka apabila membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Pada aksi timbal balik itu, pasukan kendalian Toru Oniki bermula garang apabila membolosi gawang JDT seawal minit ke-14 menerusi sepakan percuma yang disempurnakan pemain tengah Yasuto Wakizaka.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT yang masih tercari-cari rentak permainan sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua Juara Liga 1 Jepun (Liga J1) itu menerusi Yu Kobayashi yang menolak masuk bola pada minit ke-31.

Kawasaki Frontale terus menambah derita pasukan Harimau Selatan dan berada di kedudukan selesa dengan jaringan ketiga, dua minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi rembatan Kobayashi.

Skuad kendalian Benjamin Mora cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila tendangan Shane Lowry melepasi palang pada minit ke-65.

Tidak menunggu lama, Marcio Barbosa meledak gol keempat buat Kawasaki Frontale pada minit ke-81 sebelum Chanathip Songkrasin melengkapkan kemenangan bergaya Kawasaki Frontale, tujuh minit kemudian.

Susulan kemenangan itu, Kawasaki Frontale kini menghuni tangga teratas Kumpulan I dengan lapan mata, manakala JDT turun di tempat ketiga selepas berkongsi mata dengan Ulsan Hyundai dengan tujuh mata, namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

Pada aksi petang semalam, Ulsan Hyundai dari Korea Selatan mencatat kemenangan kedua apabila menumpaskan pasukan di kedudukan tercorot, Guangzhou FC 5-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad