Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JDT Tundukkan Ulsan Hyundai, Kemenangan Ke-2 Dalam ACL

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 8:46AM

Penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva meraikan gol kemenangan jaringannya ketika menentang Ulsan Hyundai FC pada perlawanan ACL bagi kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim membuktikan kehebatannya selepas menewaskan Ulsan Hyundai FC 2-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi. 

Harimau Selatan bermula dengan agresif dan mengejutkan pasukan bimbingan Hong Myung Bo hanya selepas tiga minit permainan bermula menerusi rembatan kencang Fernando Forestieri dari luar kotak penalti  yang menewaskan penjaga gawang Jo Hyeonwoo.

Pasukan pelawat yang terpaksa bermain mengikut rentak JDT, gagal untuk mengatasi pertahanan JDT.

Pada babak kedua, Hong melakukan perubahan taktikal dengan menggantikan pemain tengah  Yun Illok dan pemain pertahanan Lee Myung Jae pada minit ke-46 dan percaturannya membuahkan hasil apabila pemain gantian Um Wonsang dan Seol Youngwoo berganding tenaga untuk mendapatkan gol penyamaan enam munit kemudian.

Um menyempurnakan hantaran daripada Seol Youngwoo.

 Bergson Da Silva, yang melakukan hatrik pada perlawanan sebelum ini, sekali lagi muncul sebagai hero untuk JDT selepas beliau menyempurnakan hantaran Safawi Rasid pada mini ke-79. 

Dengan kemenangan kedua ini, JDT kini mendahului Kumpulan I dengan enam mata, diikuti Kawasaki Frontale dengan empat mata selepas kelab dari Jepun itu membelasah Guangzhou FC dari China 8-0 dalam satu lagi perlawanan terdahulu di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di sini .

Kawasaki Frontale memperoleh gol mereka menerusi Kei Chinen (minit ketujuh, minit ke-12) Shintaro Kurumaya (minit ke-16, minit ke-71), Yu Kobayashi (minit ke-22, minit ke-39), Ten Miyagi (minit ke-50) dan Chanathip Songkrasin (minit ke-68).

Perlawanan Kumpulan I seterusnya ialah pada 21 April dengan Ulsan Hyundai menentang Guangzhou FC di Stadium  Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan JDT bertemu Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim. - Bernama

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Sukan 2 jam yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 2 jam yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja