web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lee Zii Jia Mara Ke Final All England

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 7:51AM

Lee Zii Jia meraikan kemenangan menewaskan Mark Caljouw untuk mara ke final All England di Birmingham. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, kini berpeluang untuk merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat kali pertama, apabila beliau berjaya menewaskan pemain dari Belanda, Mark Caljouw di Birmingham, hari ini untuk mara ke peringkat akhir kejohanan.

Zii Jia, pilihan keenam kejohanan, menundukkan Caljouw dengan ‘straight set’ 21-13, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena.

Pemain nombor 10 dunia itu jelas menguasai perlawanan di set pertama, namun di set kedua pemain dari Belanda cuba memberi saingan.

Di satu ketika Mark berupaya mengambil peluang daripada kelalaian Zii Jia, malah berjaya mendahului dengan mata 15-16, sebelum pemain Malaysia berumur 22 tahun dari Kedah itu bangkit dan memuktamadkan kemenangan.

Zii Jia membaiki penampilannya dalam kejohanan All England kali ini, selepas edisi tahun lepas menyaksikan kemaraan beliau disekat oleh pemain Denmark Viktor Axelsen di peringkat separuh akhir dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-19.

Beliau akan sekali lagi bertemu dengan Axelsen, kali ini di final, selepas pemain nombor dua dunia itu bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengalahkan rakan senegara Anders Antonsen 16-21, 21-7, 21-17.

Ini merupakan peluang keemasan bagi Zii Jia untuk memenangi kejuaraan pertamanya tahun ini, selepas permulaan yang agak hambar.

Beliau memulakan kempen tahun ini dengan kekalahan di tangan pilihan kedua Chou Tien Chen dari Taiwan dalam suku akhir Yonex Terbuka Thailand, sebelum tersingkir dalam pusingan pertama di tangan pemain dari India Sameer Verman dalam kejohanan Terbuka Thailand pada bulan Januari.

Persembahan buruk Zii Jia berterusan apabila beliau tewas dalam semua tiga perlawanan di Badminton World Federation (BWF) World Tour Finals, yang juga berlangsung di Bangkok pada bulan yang sama, sebelum disingkirkan oleh pilihan ke lapan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 18-21, 10-21 pada Terbuka Switzerland 2021 awal bulan ini.

Terdahulu beregu bukan pilihan dari Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo menewaskan beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dengan 21-14, 22-20 untuk melayakkan mereka final kejohanan.

Kali terakhir pemain Malaysia menjuarai kejohanan All England adalah pada tahun 2017 apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yu Qi dari China dengan 21-12, 21-10. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Zii Jia Tewaskan Naraoka, Tempah Tiket Ke Separuh Akhir All England

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Tze Yong Cipta Kejutan Besar Singkir Axelsen Di All England

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Gagal Ke Final Terbuka Jerman

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran