web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Belasah Guangzhou FC 5-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 8:50AM

Pemain JDT, Lavere Corbin Ong diasak keras pemain Guangzhou FC, Ning Haoxu pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) mengutip tiga mata pertama dengan bergaya apabila membelasah juara lapan kali Liga Super China Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi.

Kemenangan anak buah Benjamin Mora itu dijana oleh persembahan bertenaga sepanjang 90 minit yang menyaksikan Bergson da Silva mencipta hatrik selain jaringan sendiri penjaga gol, Chen Zhengfeng dan gol Muhammad Ramadhan Saifullah Usman memberikan JDT permulaan sempurna.

Skuad Harimau Selatan bermula dengan garang apabila memperolehi gol pembukaan pada minit ke-10 menerusi tandukan Bergson yang memanfaatkan hantaran lintang Shane Lowry.

Tiga minit kemudian, kesilapan Chen menangkap bola di atas garisan selepas menepis rembatan Fernando Forestieri mengundang padah apabila bola terlepas dari genggamannya lalu masuk ke gawang untuk memberikan kedudukan selesa kepada JDT dan menambah tekanan pasukan pelawat.

Bergson memastikan JDT menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan selesa selepas merembat bola menewaskan penjaga gol lawan untuk menambah gol ketiga pasukan dan kedua peribadinya pada minit ke-27.

Bersambung babak kedua, Bergson tidak menunggu lama untuk melengkapkan jaringan hatriknya selepas menyudahkan hantaran lintang Corbin-Ong menerusi tandukan pada minit ke-52 sekali gus melebarkan kedudukan buat JDT.

Keadaan Guangzhou FC terus parah selepas pemain pertahanannya Guan Haojin dilayangkan kad merah setelah mengasari Bergson pada minit ke-69 dan JDT mengambil kesempatan untuk meledak gol kelima menerusi sepakan lambung Muhammad Ramadhan pada minit ke-81.

JDT kini mendahului carta Kumpulan I dengan mengumpul tiga mata sementara juara Liga Jepun Kawasaki Frontale dan kelab Korea Selatan Ulsan Hyundai berkongsi satu mata di kedudukan kedua dan ketiga selepas terikat 1-1 pada satu lagi aksi, manakala Guangzhou FC tercorot tanpa sebarang mata.

Pada aksi kedua Isnin depan, JDT akan membuat perhitungan menentang Ulsan Hyundai di venue sama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad