web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adam Khalid Sedia Lebar Sayap Ke UK

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 9:15AM

Adam (kanan) akan berlumba dan melanjutkan pelajaran di UK. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Adam Khalid telah menetapkan sasarannya untuk beraksi di litar United Kingdom (UK) pada Ogos ini untuk membolehkannya bersaing dalam musim penuh British GT Series tahun depan.

Adam yang akan beraksi dalam beberapa perlumbaan, akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada program percubaannya, berharap dapat menyerlah dengan memasuki kedudukan tiga teratas dalam setiap perlumbaan yang akan disertainya tidak lama lagi.

Pelumba berusia 24 tahun itu yang akan bersaing dalam kategori GT4, mewakili New Bridge Motorsports, berjanji untuk membanggakan negara dan keluarganya di UK. 

“Saya mahu membuktikan bahawa kita ada potensi dan kita mempunyai apa yang diperlukan untuk bersaing dengan semua pelumba antarabangsa. Jadi kedudukan tiga teratas bagi saya, ya, ia sesuatu yang mengujakan berada di podium,” katanya dalam video yang dikongsi kepada media.

Ditanya mengenai persediaannya, Adam yang akan mengemudi Aston Martin dalam perlumbaan itu, menyifatkan semuanya baik kerana dia hanya menggunakan simulator untuk merasai pengalaman berlumba serta menguatkan fizikal dan mentalnya di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Adam yang juga akan melanjutkan pelajaran di University of Coventry selama dua tahun mengikuti jurusan reka bentuk grafik, berharap dia dapat mengimbangi pelajaran dan perlumbaan di sana.

“Saya fikir perkara terbaik ialah, saya percaya bahawa saya seorang individu yang berdisiplin...saya harap saya dapat memberi tumpuan dalam perlumbaan sambil mempunyai sedikit masa untuk membolehkan saya menghabiskan tugasan,” tambahnya.

Adam yang menceburi sukan karting pada usia 13 tahun sebelum ini menyertai Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara pada 2016-2017 serta menjadi Juara Rookie Formula BMW pada 2015. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar