web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCA Perlu Pertimbang Alternatif Pusat Latihan Lain - MSN

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 12:49PM

MCA didakwa tidak membayar balik kos pembinaan awal Kinrara Oval. - Gambar dari Facebook Kinrara Oval

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Malaysia (MCA) perlu mempertimbangkan alternatif pusat latihan lain bagi memastikan kesinambungan program sukan ditunjangi mereka itu tidak terjejas pada masa depan.

Saranan dicadangkan Majlis Sukan Negara itu dibuat selepas isu membabitkan pusat latihan dan pertandingan diuruskan secara pajakan oleh MCA iaitu Kinrara Oval selama 15 tahun sejak 2003 itu daripada Perumahan Kinrara Berhad timbul, baru-baru ini.

MSN dalam satu kenyataan memaklumkan pajakan tersebut membabitkan persetujuan membenarkan MCA menggunakan tanah milik syarikat swasta tersebut dengan syarat menanggung kos bersama pembinaan awal Kinrara Oval selain MCA bertanggungjawab membayar cukai tanah dan cukai taksiran pihak berkuasa tempatan.

“Walau bagaimanapun, MCA didakwa tidak membayar balik kos pembinaan awal Kinrara Oval, malah turut mempertikaikan kadar tarif cukai taksiran yang selama ini telah didahulukan pembayarannya oleh pemilik tanah iaitu Perumahan Kinrara Berhad.

“Kemelut tersebut timbul apabila tempoh pajakan berakhir pada 2018 dan SP Setia bersama Perumahan Kinrara Berhad mengambil tindakan untuk mengambil semula Kinrara Oval dengan alasan bahawa MCA tidak mengotakan janji seperti yang termaktub dalam perjanjian sebelum itu,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta MSN diminta untuk membantu dan setelah menerima hakikat Kinrara Oval sememangnya didirikan di atas tanah yang dimiliki tuan punya tanah tersebut, MSN telah berusaha mencari kawasan baharu bagi menggantikan Kinrara Oval yang akan diambil semula oleh pemiliknya.

Menurut MSN lagi, secara kebetulan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) telah bersetuju menawarkan kawasan padang mereka di Cyberjaya bagi mendirikan pusat latihan dan gelanggang pertandingan kriket baharu.

MSN menambah pihak MMU telah mendapatkan persetujuan senat universiti bagi tujuan berkenaan manakala SP Setia juga bersedia membantu menempatkan semula Kinrara Oval ke lokasi baharu.

“Malangnya, pihak MCA masih meletakkan harapan untuk mengekalkan Kinrara Oval sebagai pusat latihan dan pertandingan mereka. Malahan, MCA telah mendapat persetujuan Perdana Menteri dan dibincangkan di mesyuarat jemaah menteri ketika itu bahawa kawasan Kinrara Oval tidak sepatutnya dibangunkan.

“Justeru, pihak SP Setia menangguhkan hasrat mereka untuk pengambilalihan semula tanah tersebut,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, MSN memberitahu ekoran keengganan MCA melunaskan tunggakan cukai taksiran yang terpaksa didahulukan oleh SP Setia, maka syarikat pemaju itu telah mengemukakan tuntutan melalui mahkamah dan mahkamah memutuskan bahawa MCA sepatutnya melaksanakan tanggungjawab tersebut selain menyaksikan Kinrara Oval disita sekiranya keputusan mahkamah tidak dilaksanakan.

MSN juga memaklumkan tindakan SP Setia itu menyebabkan KBS mahupun MSN tidak dapat lagi membantu MCA menyelesaikan masalah itu.

Badan induk sukan kebangsaan itu seterusnya percaya isu perundangan itu mampu diselesaikan dengan baik sekiranya badan sukan kriket kebangsaan berkenaan menerima hakikat tanah yang menempatkan Kinrara Oval adalah milik Perumahan Kinrara Berhad serta SP Setia dan MCA harus mempertimbangkan alternatif lain.

MSN juga yakin program latihan atlet negara tidak akan terganggu kerana MCA telah ditawarkan oleh Sime Darby Properties untuk mengambil alih pengurusan Bayuemas Oval, sebuah pusat latihan dan pertandingan kriket yang mempunyai beberapa kemudahan lebih baik dari Kinrara Oval selepas lokasi baharu itu dikosongkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, tahun lepas.

“MCA juga mempunyai alternatif pusat latihan dan pertandingan seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah beroperasi sebagai pusat latihan dan pertandingan serta pernah berfungsi sebagai pusat latihan atlet kriket di peringkat institusi pengajian tinggi melalui kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan UKM.

“MSN sentiasa bersedia membantu MCA mencari alternatif terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini, malahan telah menghubungi pihak SP Setia untuk menangguhkan tindakan tersebut tetapi pihak SP Setia enggan bertolak ansur lagi,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ulam Raja Boleh Cegah Demensia - Penyelidik UKM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar