web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Futsal AFF 2022: Malaysia Belasah Brunei 10-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 9:28PM

Skuad negara yang mengutip 6 mata selepas 3 perlawanan kini perlu menewaskan tuan rumah dalam misi wajib menang pada aksi terakhir Kumpulan A esok untuk menjamin slot ke separuh akhir. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad futsal lelaki kebangsaan kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 selepas membelasah Brunei 10-0 dalam aksi Kumpulan A di Bangkok, hari ini.

Aksi di Stadium Tertutup Hua Mark itu menyaksikan tiga pemain negara iaitu Ekmal Shahrin, Mohamad Sufri Shamil serta Joshua Lee masing-masing meledak dua gol bagi membantu Malaysia kembali bangkit selepas dimalukan Indonesia 1-5 pada aksi kedua kumpulan semalam.

Malaysia yang jelas menguasai perlawanan melaungkan amaran awal menerusi Abu Haniffa Hasan pada minit kelima namun rembatan kencangnya hanya singgah di tiang kiri gol Brunei, sebelum Ekmal Shahrin memanfaatkan serangan balas negara apabila tenang menolak masuk bola ke dalam gawang lawan untuk membuka tirai jaringan selang tiga minit kemudian.

Malang terus menimpa Brunei apabila Jumatatulalesharezan Metali tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-18, berpunca daripada percubaan deras Abu Haniffa, sekali gus meletakkan Malaysia selesa di depan 2-0 menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, pasukan negara semakin ghairah mengasak Brunei dan berpesta gol apabila menghasilkan lapan jaringan menerusi Mohamad Sufri pada minit ke-21 dan 22 disusuli gol kelima Abu Haniffa pada minit ke-33, manakala Muhammad Farhan Khairul Anuar turut mencetak nama selaku penjaring juga pada minit ke-33 serta Ekmal seminit selepas itu.

Joshua Lee pula meledak dua gol pantas dalam tempoh seminit iaitu pada minit ke-37 sebelum Muhammad Aidil Shahril Rosli terus menghukum Brunei untuk melengkapkan kemenangan besar Malaysia pada minit ke-38.

Skuad negara yang mengutip enam mata selepas tiga perlawanan kini perlu menewaskan tuan rumah dalam misi wajib menang mereka pada aksi terakhir Kumpulan A esok untuk menjamin slot ke separuh akhir.

Pada aksi pertama Sabtu lepas, Malaysia membuka kempen dengan kemenangan tipis 7-6 ke atas Kemboja. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek