web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


200 Kali Mencuba, Akhirnya Espargaro Berjaya Juara

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 8:25AM

Espargaro (tengah) meraikan kemenangan pertama MotoGPnya di atas podium GP Argentina. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TERMAS DE RÍO HONDO - Penunggang dari Sepanyol Aleix Espargaro berjaya menjuarai perlumbaan MotoGP pertamanya selepas 200 percubaan di Argentina awal pagi tadi.

Beliau yang penuh dengan emosi mengakui: “Ini benar-benar istimewa”.

Dia juga menghadiahkan Aprilia kemenangan pertama dalam kategori utama siri perlumbaan motosikal dunia ini.

Espargaro, yang berusia 32 tahun, juga mendahului carta kejuaraan dunia MotoGP selepas tiga pusingan.

Jorge Martin, yang menunggang untuk Ducati-Pramac, dan penunggang Suzuki Alex Rins memastikan Sepanyol menguasai podium di Argentina.

“Saya sangat gembira, sudah lama saya tunggu kemenangan ini.

“Ia menjadi lebih istimewa kerana ini merupakan perlumbaan ke-200 saya dalam MotoGP,” kata Espargaro, yang menyertai Aprilia pada 2017, dengan sebak.

Secara keseluruhannya, Espargaro telah mengambil bahagian dalam 283 perlumbaan merentasi ketiga-tiga kelas sukan ini sejak membuat penampilan pertama dalam kategori 125cc pada 2004.

“Semuanya menjadi, kami mempunyai kelajuan yang baik, tetapi tekanan berganda kerana semua orang memberitahu saya segalanya akan berjalan lancar, tetapi sebenarnya tidak.

“Pusingan-pusingan terakhir adalah yang paling baik buat saya. Saya mahu berterima kasih kepada semua di Aprilia, kami layak menikmati kemenangan ini dan perkara hebat yang lain adalah kita sedang mendahului kejuaraan dunia.

“Enam tahun lalu tiada siapa percaya pada Aprilia,” tambah Espargaro.

Dalam Kelas Moto2 pula Celestino Vietti memenangi perlumbaan keduanya musim ini, Somkiat Chantra, dan Ai Ogura melengkapkan podium.

Dalam Moto3 Sergio Garcia menjuarai perlumbaan di hadapan Dennis Foggia dan Tatsuki Suzuki. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad